++ my sweet follower ++

Sunday, February 21, 2010

..:: menanti hari esok ::..

salam semua...

esok bermulalah segala macam perubahan dalam hidup fara.....
dan esok jugalah bermulanya hidup fara di tempat baru....

x boleh bangun lewat lg.....
x boleh lepak tgk tv lg.....
x boleh malas2 lagi.......

ahhhhhh....... semuanya x boleh!!!!!!!

abah kata, bla dk kat sana kena study jea......
jgn men2..... hurm.... mampukah fara hadapi semua nie??????

fara harus tabah menghadapinya......
berusahalah.....

jangan tinggal solat......
jangan lupa berdoa....

esok jgakla fara kena g sorang2 kat sna.... huhuhu..... esok ary skolah.... so, abah x dapat nk hantar fara..... cedeynyer........ hurm.....


belajar dan terus belajar.....

esok bermulalah segalanya.................


Wednesday, February 17, 2010

..:: diet???? tewas jua akhirnya... huhuhu....::...

salam semua.....

pernah x korang berDIET????
pd yang kurus 2, x yah la susah2kan diri nak than2 makan..... x baik untuk kesihatan OK!!!,.....

fara dalam proses untuk mengekalkan berat badan fara semasa berada di rumah....
iye la.... bla duk umah jea... keinginan utk makan 2 msty akan jadi berGANDA-GANDA.....

kalau x dikawal sekarang, msty fara jdik cm KEVIN dlm THE BIGGEST LOSER ASIA 2.... huhuhu.... - nie la cite yang fara minat sejak akhir2 nie.....

bayangkan semumur hidup dya x pernah pn minum air kosong ngan makan sayur!!!!!!
menu mkan tgh ary dya adalah ayam goreng dan b**i goreng.....
n setiap malam plak dya akan memesang 8 keping pizza bersaiz "L"...... FUH!!!!! banyak giler 2.......
sesuatu keinginan yang luar biasa......

nie la kevin....
salah seorang perserta THE BIGGEST LOSER ASIA...

pe2 pn, dya bkanlah THE BIGGEST LOSER ASIA yang dicari2 apabila dya telah tersingkir pada episod yang telah ditayangkan malam semalam..... huhuhuhu... cedey giler.....
sampai fara pn tetibe jea mengalirkan air mata.....
kalaw korang x pcaya,..... try la tgk..... msty korang pn leleh....... hukhukhuk.....

"x per kevin.... teruskan usaha anda di rumah.... saya yakin anda akan berjaya.... jangan putus asa ok..." -agak2 korang kalau kevin baca dya faham x????

dlm proses untuk ber DIET, pada suatu hari..... fara telah tewas pd ZINGER BURGER KFC ....

huhuhu.... teringin giler nak mkan...... keinginannya membuak2......
x pe.... kali nie jea..... sok fara DIET lg ek.... hehehehe.....

walawpun mahal..... -sb kalau beli burger kat pasar malam, leh dpat 7,8 bijik.....
fara korbankan jgak ringgit Malaysia fara yang pastinya akan boleh menaikkan 1kg lagi berat badan fara.....
huhuhu....



yum... yum... yum.....
biarla dimakan asal x kempunan.... hehehehe...

hey!!!! what's wrong with u fara????? mana perginya DIET awak??????


Sunday, February 14, 2010

..:: sejarah hari kekasih ::..


Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

note:

cintailah ISLAM lebih drpd KEKASIHmu demi CINTA kita…bahagiakn dia seperti KAMU bahagia disampingNYA…CINTA ILIHI tiada tandingan..

so, sama2 kita fikirkan k..... (^_^)


Friday, February 12, 2010

..:: terakhir ::..


untuk terakhir
ku ingin bertemu
memelukmu
menjagamu
meski aku tak akan pernah
bisa lagi melihatmu
cinta ini takkan hilang
sampai mati kan ku simpan

kerna hati ini tak mungkin bersatu
menjalani cinta ini

meski aku
takkan pernah
bisa lagi melihat mu
cinta ini
takkan hilang
sampai mati kan ku simpan

meski aku takkan pernah bisa lagi
melihat mu
cinta ini
takkan hilang
sampai mati kan ku simpan

meski aku takkan pernah bisa lagi
melihatmu
cinta ini
takkan hilang sampai mati kan ku simpan


salam semua.....

amacam?? best x??? hehehe.....

setiap kali fara tgk cte drama "na o mei", lagu nie msty ada dalam setiap babak sedih dalam cite tuh..... huh!!!

ble dgar bnyak2 kali, best la.... so, fara pn berusaha la mencari liriknya yang selengkapnya di dalam internet.... n bla dah jmpe, br la fara tau yg lagu nie adalah dari mahkota band.... -nnty wat lagu yang best2 lagi k....

bila dah best, fara kongsi la ngan korang jgak.... spaye kita same2 merasakan betapa bestnya lagu nie.... iye tidak???? - kalau x best pn buat2 best jgak la yea... hehehehe

so, kalau korang nak dgar lagu nie, rajin2 la g kat youtube k....



Thursday, February 11, 2010

..:: khas untuk lionteen ::..

salam semua....

entry kali nie khas untuk lionteen....
dah 2 kali dya tnya fara tentang lagu yang fara letak kat blog nie....
fara dah bgtaw dah dlu.... n mybe dya x prasankan coment fara kat shoutbox dya....

so, untuk menjawab soalan lionteen 2....
fara me"rajin"kan diri untuk buat satu entry khas untuk lionteen.... hehehehe...

"fara... pe tajuk lagu kat blog fara nie?? besh la...hehe"

lagu kat blog fara nie tajuknyer "baik-baik sayang" dari wali band....

kat cnie fara sediakan liriknya sekali khas buat untuk lionteen k....




Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Back to Reff:





Wednesday, February 10, 2010

..:: study again.... ::..

salam semua....

akhirnya penantian fara untuk menyambung semula pelajaran fara berakhir semalam....
fara dah selamat mendaftarkan diri di Intitut Teknologi Perak....
dalam kursus Diploma Kemahiran Malaysia (Sistem Komputer) Level 4.....
huhuhu.....

sblum tawaran nie, fara dpat tawaran Diploma Teknologi Multimedia kat Shah ALam...
fara memang tertekan giler sbb terpaksa buat pilihan.....

so, setelah mengambil kira buruk dan baik....
susah dan senang.... dan untuk tidak menyusahkan mak n abah fara.....
fara terima jea blajar kat ipoh.... dkat cket klw nk balik umah....
lgpun course sistem komputer level 4 tue adalah sambungan untuk apa yang fara dah belajar kat ILP dulu.....

bila nak smbung balik blajar nie.... hurm, mcm2 fara rasa....
dah la x da member kat sana nnty.....
time daftar semalam pn,
sorang pn fara x kenal... huhuhu......
harap2 nnty dpat la fara menyesuaikan diri kat sana.....

ape2 pn, fara rindu sngat kat classmate fara dulu time same2 blajar kat ILP....
misz u all....

hope u all mendoakan kejayaan fara kat sana k.....
see u soon.....
dimana bumi dipijak...
disitu langit dijunjung......

fara still di Perak Darul Ridzuan...
mgkin rezeki fara untuk smbung belajar semuanya di perak.....



Monday, February 8, 2010

..:: kita lahir dengan.... ::..


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.



Wednesday, February 3, 2010

..:: seribu burung kertas ::..


Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.

Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !

Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.

Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.



Tuesday, February 2, 2010

..:: Bukannya senang nak cari kawan yang baik.... Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik... ::..


Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

"Kita kawan kan?"



Monday, February 1, 2010

..:: sifat semulajadi "boyz" n "gurlz".... ::..


(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.

(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

note :

"L" for boyz...

"P" for gurlz...