++ my sweet follower ++

Tuesday, March 29, 2011

..:: Islam sekali lagi di hina.. ::..

Salam semua...

pagi2 lagi dah dengar cerita yang bukan2...



setiap kata2nya... setiap apa yang di tulis adalah menghina agama Islam...




dan yang nie ada sorg lagi.... [.....Jasmine versi 2.....] <------- click sini

p/s:

tak snggup nak tulis bnyak2 pasal nie..
bagi mereka,
senang jea agama Islam dipijak2...
dihina dan diburuk2kan oleh mereka..
nabi kita dikatakan palsu...
Allah dan Al-quran dihina... emm
sedih sngat bila baca setiap apa yang ditulis...

insaflah wahai mereka2 yang telah sesat ini...
sedih bila tengok manusia2 nie sesat...

semoga Allah memberi petunjuk...



Monday, March 28, 2011

..:: new semester begain... ::..


salam semua....

tak sabar rasanya fara nak mulakan semester baru...
nak jumpe balik kawan2 fara sebab dah 5 bulan terpisah..




fara x dapat dah mengadap blog 24 jam...
ngeeeeee...
study first... blog mybe second kottt...

tanam azam yang baru...



mood study pun dah menjelma kembali....
rindu nak pegang buku2...
rindu nak menulis...
rindu nak usung laptop kehulu kehilir..

semoga semester kali nie lebih baik dari semester lalu...



Sunday, March 27, 2011

..:: apabila ♥ Allah dkejar, ♥ insan paling bahagia ::..



Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?






Friday, March 25, 2011

..:: whatca say... ::..


Wh-wh-wh-what did she say?
Mmm whatcha say?
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmm whatcha say?
(Jason Derulo)
Mmm that it's all for the best?
Of course it is

I was so wrong for so long
Only tryin' to please myself
Girl, I was caught up in her lust
When I don't really want no one else

So, no, I know I should've treated you better
But me and you were meant to last forever
So let me in
(Let me in)
Give me another chance
(Another chance)
To really be your man

'Cause when the roof caved in and the truth came out
I just didn't know what to do
But when I become a star we'll be living so large
I'll do anything for you
So tell me girl

Mmm whatcha say?
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmm whatcha say?
(Whatcha say? Whatcha say?)
Mmm that it's all for the best?
Of course it is

Mmm whatcha say?
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmm whatcha say?
(Whatcha say? Whatcha say?)
Wh-wh-wh-what did she say?

How could I live with myself
Knowing that I let our love go?
And ooh, what I'd do for one chance
I just gotta let you know

I know what I did wasn't clever
But me and you were meant to be together
So let me in
(Let me in)
Give me another chance
(Another chance)
To really be your man

'Cause when the roof caved in and the truth came out
[ From: http://www.elyrics.net/read/j/jason-derulo-lyrics/what_cha-say-lyrics.html]
I just didn't know what to do
But when I become a star we'll be living so large
I'll do anything for you
So tell me girl

Mmm whatcha say?
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmm whatcha say?
(Whatcha say? Whatcha say?)
Mmm that it's all for the best?
Of course it is

Mmm whatcha say?
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
Mmm whatcha say?
(Whatcha say? Whatcha say?)
Wh-wh-wh-what did she say?

Girl, tell me whatcha said
I don't want you to leave me
Though you caught me cheatin'
Tell me, tell me whatcha said
I really need you in my life
'Cause things ain't right, girl

Tell me, tell me whatcha said
I don't want you to leave me
Though you caught me cheatin'
Tell me, tell me whatcha said
I really need you in my life
'Cause things ain't right

Cause when the roof caved in and the truth came out
I just didn't know what to do
(I just didn't know what to do)
But when I become a star we'll be living so large
I'll do anything for you
So baby watcha say?

Mmm whatcha say?
Mmm that you only meant well?
Well of course you did
(Well of course I did, baby)
Mmm whatcha say?
(Whatcha say? Whatcha say?)
Mmm that it's all for the best?
Of course it is
(Well, of course it is)

Mmm whatcha say?
Mmm that you only meant well?
(Whatcha say?)
Well of course you did
Mmm whatcha say?
(Whatcha say? Whatcha say?)
Wh-wh-wh-what did she say?




Thursday, March 24, 2011

..:: kecewa... ::..


tolong jangat dekati aku lagi...
tolong jangan hampiri aku lagi...

aku dah lama lepaskan kau pergi...






Wednesday, March 23, 2011

..:: saya sedang bertungkus lumus... ::..

salam semua....

akhirnya, tamat sudah latihan industri yang telah fara lalui selama 5 bulan di PTTC...

mmg best sb dah "free"...

yang x bestnye pulak, kena siapkan laporan...

aduh!!!!

baru ingat2 nak rehat2 kat umah cuti seminggu nie...

x pe...

chaiyok3x...

terusan usaha anda...


gambar : time kat ofis PTTC..
miss damn so much!!
hurm...

p/s:
saya sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan laporan LI...
jangan sesiapa ganggu!!!
(tapi terganggu jugak dengan FACEBOOK.. lalalalala)



Tuesday, March 22, 2011

..:: miss u all... ::..

Salam semua...

x puas rasanya fara nak story telling pasal kwn2 time ILP dlu...

sehari sebelum kecik ngn kak eja pulang ke negeri masing2..

kami sempat lagi jumpa kat Greentown mall..

teman kecik ngn kak eja shopping..

kali nie bukan bertiga.. tapi berempat sebab ada kak nisa... (^_^)

eskrem ini ditaja sepenuhnya oleh kecik...
jangan terliur plak..
klw nak pergi la segera ke
marrybrown yang berhampiran..
hehehe..
thanks ya kecik.. (^_^)

amboi...
kecik dengan gayanya yang tersendiri..
hehehe

kak eja dengan gaya ayunyer.....
hahaha

nie la kak nisa..
time kenduri kak najat ary2,
dya x dpt dtg sb ada kem...

hooyey... hooyey...
susah ooo nak dpt eskrem free..
engat senang ke,...
hehehe



Monday, March 21, 2011

..:: we wearing lens... ::..

Salam semua...

uols pernah x pakai lens a.k.a kanta sentuh a.k.a kanta lekap n mcam2 lagi panggilan lah???

untuk orang yang rabun (mcm fara nie)..
klw nak bergaya cket.. harusssslah memakai lens..
  • Sekarang fara nak kongsi tentang perihal kanta lekap atau pun contact lens...
  • Bagi yang pakai spex mata tu mesti nak try guna kanta lekap...
  • Kadang2 tu bosan juga guna spex mata ni... maklum la kadang2 spex mata ni mencacatkan penampilan kita...
  • fara guna contact lens ni sebab nak memcuba sesuatu yang baru.., bosan asyik pakai spex mata je dari dulu, mata pun semakin sepet je...
  • kali ni dah masuk dua pasang fara guna contact lens...
  • Masa mula2 fara guna, fara pilih yang warna natural... baru je pakai 2 minggu lebih... tup3 sebelah contact lens fara hilang.. susah jugak nak cari sebab dia tak berwarna... sedih kot... akhirnya jumpa juga atas lantai tp dah jd arwah...habis penyek dan tak boleh digunakan lagi..
  • Fara tak serik, nak juga pakai contact lens sebab dah mula rasa selesa bila pakai...
  • Beli pulak yang ada colour... sebab senang nak nampak kalau letak dalam bekas khas dia... hehe
  • Yang jenis berwarna ni agak mahal berbanding yang tak ada colour ( natural )...

yang nie...
opsss!!!!
yang nie x pakai lens ok... hehehe

yang nie baru betul...
warna hitam..
luna king 17mm...

yang nie pulak..
warna grey...
super nudy 16mm...

n yang nie...
super barbie shinning..
16mm jgk...

Cara2 penjagaan lens yang betul...

Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.

Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.

Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.

Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.

Lnngkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.




Sunday, March 20, 2011

..:: gelinya aty... (^_^)::..


salam semua...

kali nie fara nak kongsi cerita lucu pulak ngn korang sume...
harap korang sume enjoy ok... (^_^)
**********

HADIAH CINCIN BERLIAN

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.



Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

**********

GAJAH MATI

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.


Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

**********

KAHWIN LAIN

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.



Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…



Friday, March 18, 2011

..:: Doa untuk sahabatku... ::..

Salam semua...

entry kali nie ada gak kaitan dengan kenduri kak najat...

selepas kami berkumpul ramai2 kat umah kak najat...
dalam pukul 3pm, kami minta diri dari rumah kak najat...
sebab perjalanan kami masih jauh...

fara, raden, wani, seha dgn lily naik kereta lan...
kecik, alya, kak eja dgn angah pulak naik kereta yard...

kami ambil keputusan untuk ke hospital serdang petang 2 jugak...
nak melawat lin...

dalam perjalanan 2, fara cal mak lin..
mak lin kata waktu melawat dari pukul 5.30 hingga 7.30 mlm..

jalan pulak time 2 memang sesak....
sebab cuti sekolah baru bermula...

alhamdulillah, akhirnya tepat pukul 7mlm kami sampai...
kedatangan kami disambut oleh mak lin...

kami hanya dibenarkan masuk melawat lin 2 org sahaja dalam satu2 masa...
fara dgn kak eja first sekali masuk melawat lin,..

bila masuk jea bilik 2...
rasa sayu sangat...
lin ditempatkan dalam satu bilik khas...
ada seorang jururawat khas untuk menjaga lin..
diorang berpakaian lengkap dengan mask..
macam pakaian dalan bilik bedah pn ada...
badan lin dipenuhi wayar2 untuk memudahkan lin bernafas...
kami hanya dapat lihat lin dari jauh...
luar bilik kaca 2...

kami tengok banyak mesin2 kat sekeliling lin...
ape yang diorang buat 2 semua untuk pulihkan lin...
kadang2 nampak lin dalam kesakitan...
kadang2.. nampak lin macam penat sangat...

mula2 masuk dengan kak eja..
fara renung lin...
dalam hati nak panggil..
tapi rasa sebak sngat...
smpai air mata keluar pn x sedar..
tapi tahan jugak rasa sebak 2..
sebab x nak mak lin nampak
nanti mak lin sedih..

**********************

lin...
malam tadi fara mimpi lin...

fara jumpa lin..
tapi kat wad biasa...
lin da sembuh...
lin pandang fara...
air mata lin jatuh macam x tertahan2..
fara tanya,
nape lin menangis???
lin cuma geleng2kan kepala...
apa makna mimpi fara 2 lin???
emm...

bila lin sembuh nanty,
fara akan cuba tunaikan semua permintaan lin...
yang kita pernah janji sama2 dulu sebelum lin sakit..



DOA BUAT SAHABATKU NOR AZLEENA

Ya Allah...
Izinkan hambamu yang kotor dan
penuh debu ini bersujud kepadaMu
memohon keselamatan, kesihatan dan kesembuhan,
untuk seorang sahabatku, Nor Azleena...

Ya Allah..
Engkaulah yang menciptakan sakit
Engkau pula yang menciptakan ubat
Engkau yang memberi kasih
Engkau pula yang tanamkan cinta

Ya Allah...
jika dia bertaubat, itu adalah karana anugerahMu,
Jika dia berdosa hanya Engkau harapannya
Jika dia mencintaiMu, Engkau memeliharanya
Jika dia lalai, Engkau akan memaafkannya

Ya Allah...
Kini dia dalam derita, pasti Engkaulah penyembuhnya
Kini dia terbaring, hanya Engkau yang tersirat
Kami mohonkan dengan kerendahan hati kami
Berilah dia kekuatan, kesihatan dan ampunilah
segala lalai, dosa, dan kesalahannya
Kerana setiap cubaan dan dugaan yang di terima
adalah rahmat yang telah diturunkan olehMu

Amin....

Lekas sembuh yea lin...

p/s:
Alhamdulillah...
Akhirnya tercapai juga niat fara nak melawat lin kat hospital serdang...
thanks juga pada yard dan lan sebab tanpa diorang,
mungkin kami semua tak akan dapat ke sana...

kami semua doakan agar lin cepat sembuh..
kerana kami amat merindui lin...
Insya'Allah...
sesungguhnya segala dugaan yang datang adalah dari Allah SWT..
mungkin ada hikmah disebalik kejadian..






Thursday, March 17, 2011

..:: kami dah lama tak berjumpa... ::..

salam semua...

pejam celik... pejam celik...
dah 2 tahun lebih rupanya fara dah x berjumpa dengan kawan2 fara time sama2 belajar kat ILP IPOH dulu...

kira time kenduri kak najat nie la kami dapat berkumpul balik..
(boleh dikatakan reunion gak la nie...)

bila dah jumpa 2..
macam2 cerita keluar....
sebab dah lama x berborak sama2x..


fara n kak eja...


fara n angah...

fara n lily...
course mould...

seha...


fara n kak najat...

sharliza a.k.a kecik...

raden...
course seramik...

wani...
course cadd mekanikal...





p/s :
ermm...
sedih jugak sebab lin x dapat ikut sama...
fara ngn lin dah janji nk g same2 umah kak najat...
semoga lin cepat sembuh...


Wednesday, March 16, 2011

..:: congrats... (^_^) ::..

Salam semua...

sebelum terlambat, fara nak ucapkan tahniah buat sorg sahabat fara nie...
dya baru sahaja menerima diploma minggu lepas..

semoga cepat2 dapat keje yea.. hehehe (^_^)

muhammad lukman bin muhammad ghazali...




p/s:

lukman nie member fara time sama2 belajar kat sekolah teknik dulu...
cuma kami berlainan course,
dya course kejuruteraan elektrik...
fara pulak course pengajian agroteknologi...