++ my sweet follower ++

Monday, February 28, 2011

..:: cinta perlukan pengorbanan ::..


Indahnya cinta dari satu perkenalan yang secara kebetulan…

Namun keindahannya hanya seketika cuma…

Hebatnya perpisahan yg selalu menghancurkan kebahagiaan…

Namun hebatnya cinta..

Kerana dengan cinta manusia yang sanggup berkorban untuk insan tersayang…

Hebatnya cinta yg tetap mekar di hati walaupun jauh darinya…

Hebatnya cinta kerana cinta dapat menguji kesetiaan,kejujuran,serta pengorbanan insan bernama manusia…





..:: kata2 mutiara cinta ::..

Bukan hanya “keindahan cinta” yang dicari setiap insan….tetapi “arti cinta”

yang sesungguhnya lah yang selalu didambakan oleh setiap insan………


Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap

meninggalkannya,………………

Jangan menyerah karena cinta, perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu

menginginkannya karena jika kamu membiarkannya pergi berarti kamu tidak

mencintainya sepenuh hati……….




Manusia yang pernah merasakan sakitnya cinta akan selalu menjaga

cintanya……….

Karena…bagi mereka yang tersakiti sangat mengerti bahwa cinta telah

merubah hidupnya………….menjadi lebih berarti…..





Sunday, February 27, 2011

Tuesday, February 22, 2011

..:: ini fakta bukan auta... ::..

salam semua...



Mesti ramai yang suka makan
taugeh kan....
nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

keputusan yg mungkin boleh didapati... lepas 3 hari bau taugeh tu hanching
semacam. bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. dan air urine tu
la jugak menyebabkan kaler putih berseri. kalau nak tau taugeh keluaran
bumiputera senang aje. kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta
kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh
dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa
satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa? sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air
siraman bulat2 terus dlm batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air
siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran
bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii
semacham.. so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching dgn taugeh2 bumiputera.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

creadit untuk : Abdullah Spontan



Monday, February 21, 2011

..:: aishiteru ::..

salam semua...

lagu nie sebenarnya dah lame ada..
tp baru skrang fara terfikir nak publishkan liriknya kat cnie...



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang ku berpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti

entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah

banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali




p/s : walau jasad kita terpisah jauh.. namun hati kita selalu dekat...~~



Saturday, February 19, 2011

..:: ramalanku benar belaka... ::..

salam semua.....

ary nie fara nak emo... hehehe
x la... cme bnyak teringatkan kisah2 lalu.....
bila dah mood cm nie... msty nak nyanyi2.... so... luahan aty kali nie adalah dalam bentuk lagu..

"RAMALANKU BENAR BELAKA"

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan

Tak henti melanda

Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa

Apakah kerana cinta

Atau pelepas sepi cuma


Seumpama dedaunan yang
telah gugur bertaburan

Membiarkan ranting dimamah usang

Apakah semua itu akan terjadi padaku

Andainya benar maka tepatlah
apa yang kuramalkan


Waktu bersamamu banyak benar kenangan
yang kita ciptakan bersama

Dan satu darinya engkau bersyahdu

Bahawa aku takkan kehilanganmu


Susah payah kita semai benih cinta

Menempuh dugaan

Akhirnya kau tinggalkan

Sia-sialah ku bina istana cinta

Andai insan lain di hatimu bertakhta


Hingga ke saat ini

Ku masih mengenangkan

Detik-detik terindah

Kesudahan aku parah





msty tertanya2 ape motip fara letak gambar payung di c2....
ini adalah kerana....

lagu ini adalah nyanyian kumpulan UMBRELLA.. ELA..ELA..
hehehe....

p/s : "waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama... dan satu darinya engkau bersyahdu bahwa aku takkan kehilanganmu....." lu pikir ka sendiri.... (^_^)



Friday, February 18, 2011

..:: lin... fara datang nie... ::..

salam semua...

setelah banyak sesangat halangan dan rintangan untuk melawat lin... akhirnya tercapai jugak hasrat fara untuk bertemu dengan lin...

cmnie ceritanya....

malam 12/2/2011

dugaan pertama...

fara msg kak nisa (kawan time ilp dulu) tanya jadi x nk p tengok lin kat setiawan.... tup..tup.. kak nisa x jadi p..... walau pe pn yg jd, fara bak gak p tgk lin.. wlwpn terpaksa p sorang2....
n tetibe jea tergerak aty nak tnye fasehah (kawan time ilp gak).. n akhirnya dya on jea.... siap nak tlog bawakkan lg cz ad keta....

dugaan kedua...

keesokkan harinya... fara pg2 lagi da tunggu kat stesen bus medan gopeng.... dlm pkl 9 cm 2 fasehah datang..... tme on the way ke setiawan.... kiteorang bnyak berborak mase time duk ilp dulu.... huhu... kadang2 sedih..... gembira pn ad.... sampai la ke destinasi (umah diana kawan kteorg time ilp dlu gak....) cz kteorang dah janji nak p ramai2..... x henti2 kiteorg bersembang,...
fara cal la mak lin ckp yg kteorg nak p tgk lin.....
last2.... mak dya kte lin x da kat setiawan tp ad kat IPOH!!!!! berubat..... la..........

so, kteorg amek keputusan untuk berpatah balik sebab niat mmg nak tengok lin ary 2........

*************************

sampai jea kat manjoi (umah opah lin) keadaan tbe2 jea bertukar sayu.....
lin terbaring atas tilam......
fara ingat fara datang 2 di sambut dengan gelak ketawa lin cm dulu.... tp x.....
fara rapat dengan lin.... pegang tangan lin.... sentuh dahi lin....
semuanya panas......
cepat2 mak lin amek bekas yang ada ais dan air kat dalamnya... pas2 mak lin bagi towel kecil kat fara.... soh fara lap kan guna air ais 2 kat dahi dan tangan lin.....
tangan kanan lin menggeletar... macam org kesejukkan..... tangan kiri dya x banyak bergerak sebab tulang bahu lin patah masa lin jatuh pengsan ary 2.....

sedih sangat bila tengok keadaan lin.... lin da x macam dlu...... emmm
lin seorang yang peramah.... ceria..... tp bila dya jadi cm 2... macam x bleh terima jea......

fara dekatkan diri dengan lin.... bisik kat telinga dya...... blum pn terucap kata2.... air mata fara da jatuh...... lin pulak macam x peduli.... kadang2 dya tengok fara.... pas2 dya alihkan pandangan dya.... fikiran dya mcm kosong.....

ada yang ckap lin mengalami trauma yang amat dasyat.... tapi x taw ape yang berlaku sebenarnya pada lin.... sebab lin sekarang x boleh bercakap..... makan pn x berapa nak......
badan lin yang dulunya berisi dah kurus...... nampak sangat perbezaan lin dulu dan sekarang....

dalam 3 jam lebih jugak fara kat umah lin ary 2....
bila nak balik, cm x sampai aty jea nak tinggalkan lin...
fara bisik kat telinga lin....

"lin... fara nak balik nie.... kawan2 sume kirim salam kat lin.... terutamanya azeham... dya rindukan lin..... lin cepat2 sembuh yea...."

fara usap2 kepala lin...... lin pandang fara... pas2 tbe2 jea fara nampak air mata lin bergenang....

lin... sehat la... hanya lin sahaja yang mampu untuk melawan penyakit lin 2.... family lin dah puas berusaha..... skrang hanya perlu tawakal kepada Allah SWT.....

**************************
dalam perjalanan pulang 2....
baru fara sedar.... dah lebih 2 tahun fara x berjumpa dengan lin sejak kami habis belajar kat ILP dulu.....

teringin nak tengok lin ketawa mcm dlu......


semoga lin cepat sembuh.....
kami semua ex tks sesi 2/2007 rindukan lin yang dulu.....



Monday, February 14, 2011

..:: disebalik valentine's day... ::..

salam semua...

ary nie 14hb Frbruary kan... no valentinetine's ok... (^_^)

jom kita baca fara kongsikan kat cnie rahsia di sebalik valentine day.....



Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.

Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah

p/s : (Sesunguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah s.w.t kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.)

~~Sampaikan dan laksanakan kebenaran walau satu ayat.






Friday, February 11, 2011

..:: sedih bila dengar... ::..

salam semua...

keadaan lin yang terbaru......

fara baru jea lepas chat ngn kak eja...

n kak eja baru sahaja berborak dengan aten kat enset... aten dah lawat lin masa lin kat hospital...







Ya ALLAH...
sampai mcm 2 sekali.....
fara rasa sedih sangat.... hurm...

fara harap sangat2 agar lin cepat sembuh......

notez : masa entry nie keluar fara dalam perjalanan pergi ke rumah lin di Lekir.....
dengar cerita lin dah dibawa pulang family untuk berubat cara kampung..... semoga usaha family lin berhasil... sama2 kita doakan...







Thursday, February 10, 2011

..:: kembar mr bean yg comel... ::..


p/s: cumil x?? hehehe....
mcm nie la rupenye kalaw mr.bean 2 pompuan.... (^_^)




Sunday, February 6, 2011

..:: tak sukar utk kenal lelaki... ::..

salam semua...

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala

* Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan

* Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung

* Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan

* Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.



Suka berdiri

* Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata

* Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak

* Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak

* Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

p/s : kadang2 tu bila x kenal rase cm da lame kenal pulak ngn lelaki nie... lalalala!!~~~




Saturday, February 5, 2011

..:: permulaan yang baru... ::..

salam semua....

untuk tahun 2011 nie...
fara harap fara dapat kawal emosi fara...
x nak lagi rasa sedih2 sebab lelaki....

ahhh..... emosionalnya saya!!!! (betul ke ejaannya??? hihi)

*********************

teringin sangat nak bahagia macam nie....



tapi akhirnya mesty akan jadi begini....


*********************
hurm..
x taw la....

tahun baru nie...
kuatkan aty..... x nak sedih2 lagi.....


*********************

semoga berjaya... chaiyok3x fara!!!!

awak boleh!!!





Friday, February 4, 2011

..:: yeah!!! belog saya bersih!! ::...

salam semua...

alhamdulillah hari ini dapat bangun awal x seperti semalam.... hehehe..

pagi td time blog walking kat blog mr& mrs mikko... fara dapat satu info yang berguna untuk semua para blogger...

nak taw pe dya???


meh kita check same2....

adakah blog anda bersih dari sebarang virus????

yeah!! belog saya bersih!!!

belog anda pula bagaimana????

kalaw nak check, boleh klik >>>sini<<< n masukkan URL belog korang okeyh!!..

selamat mencuba... (^_^)


Thursday, February 3, 2011

..:: syukur alhamdulillah... ::..

salam semua...

fara baru jea dapat berita...
yang lin dah ditukarkan ke wad biasa...


syukur alhamdulillah...
berkat doa semua rakan2, lin kembali sihat...
cuma sekarang dya masih lemah...



..:: awak BFF saya!!!... ::..

salam semua...

sebak rasanya bila fara bukak blog lin tadi..



:: MISS CIK FARA SYUHADA ::


kata2 lin kat atas 2 yang membuatkan fara terus mengalirkan air mata...
lin cepat2 sembuh yea...
kan kita dah janji nak jumpa.... hurm..

p/s : semoga lin cepat sembuh... fara pun rindukan lin... =( miss u too..



...:: saya risaukan awak.. ::..

salam semua...

malam selasa lepas, fara dikejutkan dengan satu berita...
sham member fara masa kat ilp dulu hantar msg...



sham : asalm'km fara, fara taw x lin masuk hospital???
me : astarfirullah... fara x taw langsung, mana sham taw nie?? sapa yg bgtaw??
sham : aku farah budak clas aku yg bagi taw... dya kan duk adtec jgak... dya kata teruk..
masuk icu...
me : Ya Allah.. aku langsung x taw... nsib bek ang bgtaw aku... dya sakit ape??
sham : ada kuman dalam darah, lebih kurang macam 2 la... petang tadi dya pengsan... masuk
hospital klang...


Ya Allah... kenapa dugaan sebegini berat engkau berikan kepada sahabatku.... semoga lin tempuhinya dengan tabah,, kuatkan semangat yea...


semalam...

fara chat FB dngan ex junior fara time ILP dulu... dya satu clas dgn lin kat ADTEC..




sekarang lin dah sedar... cuma keadaannya sahaja masih lemah....

semoga kita sama2 doakan yang baik2 untuk sahabat fara dan juga sahabat blogger kita semua...

kalaw ade sape2 yang nak tengok blog lin... boleh klik sini {link}