++ my sweet follower ++

Tuesday, March 31, 2009

++ hari terakhir di fisywa trading and services.... ++

hukhukhuk.......
cedeynyer....
ary nie ary terakhir ak kat cnie.....
mcm2 pengalaman ak dapat.....
kena maki..... kena jadi kuli.... kena wat tu nie....
macam2 lagi la....
mula2 tue memang rasa cm x da semangat jea nak teruskan keje kat cnie.....
tapi lama kelamaan........ ak jadi serasi lak nagn tempat nie.....
kerjasama antara pekerja ngan majikan pn ok..... boleh tahan la bila kerja kat cnie....


bilik nie la ak ngan eyta selalu melepak dan menghabiskan masa jika free...

bilik yang penuh dengan leteran dan nasihat...
fuh!!!
bila ak berada dalam bilik nie, lidah jadi kelu....
dk mengadap boss la katekan....
ape yang dia kata, semuanya kena la kita dengar....
walawpn ak x suka, tapi ak anggap semua yang dia katakan 2 kata2 yang membina.....
kalaw x,,,......... maw pengsan ak kat dalam tue...
hehehehe...

barang2 di bahagian stationary....
ak ngan eyta la yg tlg jaga jika ada pelanggan.....

nie plak tempat terletaknya barang2 bila ak ngan eyta repair komputer...
kiteowg kna ambil barang kat cnie la...

pintu masuk ke office.....

selamat tinggal fisywa trading and services.....
thanks cz sudy terima ak ngan eyta praktikal selama 3 bln kat cnie...
n thanks cz bg tunjuk ajar kat kami....
semoga syarikat nie maju di masa akn datang....
kami doakan semoga berjaya dan succes slalu....

Monday, March 30, 2009

**alangkah bahagianya kalaw semua balakz2 dalam dunia nie berfikiran cmtue**

Bahagienye dapat pakwe macam die...
"Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul...Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang
tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol...Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever
Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol...Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa
dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya
Saya pun tumpang dapat pahala...
Peh syoknye...
Saya sedih tengok awek saya...
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tuju gak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya...
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum,drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama
burn asar maghrib gitu jea...
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
Kesimpulannya...
saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
P/s- andai anda seorang wanita muslimah...Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...Then kalu anda seorang muslim...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...Cinta tu anugerah Allah...Pandai-pandail a kita menjaga nikmat Allah itu ye...Semoga saya pun ambik iktibar gak.....

++ khas untuk pengajar2 tks yang sentiasa diingati ++

dua tiga ary nie ak asyik terfikir jea...
apa ak nk wat ngan wet clas yang berbaki rm54......
tgh dk bincng2 ngn rakan2 terdekat ak... kami sebulat suara ingin menghadiahkan cenderahati wat encik2 dan puan2 tks yang pernah mengajar kami suatu ketika dahulu....
so, ak carik ar gambar2 yang bersesuaian untuk diberikan pada mereka.....
memandangkan gambar yang ak pilih tue x cukup ahli lembaganya, maka ak telah menggunakan kepakaran adobe photoshop yang telah dipelajari masa ak dk ilp dulu utk membolehkan ahli lembaga tks sesi 2/2007 lengkap tanpa ada yang tertinggal.....

hasilnya.....
tara.....
huhuhuhuhu.......

ok ke x ok?????
ak rasa hanya ini jea yang mampu ak wat untuk mereka.....


kat bahagian belakang lak ak tulis semua nama kawan2 seperjuangan ak dulu.....
rasanya ok la tue....
kalaw kawan2 tks nk komen2,
komen kat entry nie ek........
ok...
c u later...

Wednesday, March 25, 2009

++ enset wat masalah ++

enset ak wat masalah lg....
kali nie lebih teruk....
sampai x ley nk on balik.....
so ak pn hantar la repair kat kedai enset...
nama kedainya PLANET $#@&*%! ENTERPRAISE....
sampai kena cas rm45.....
fuh!!!!!!
mahal giler.............
mmg ak x puas aty la.....
cz sampai skrunk enset nie x ley masuk memory card.....
cm x ley detact jea....
urm......
nsb bek la ak de wet sndry......
ley la dikorbankan.......
benci btol la kedai tue......
kalaw da repair sampai mahal cm tue, so semuanya ok la....
nie x.....

Tuesday, March 24, 2009

..:: Kau Tetap Dalam Anganku ::..

Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya berkasihan

Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan

Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup tenggelam
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga

Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih

Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kesetiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri

Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedih aku ini
Tidak nampak

Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih... kasih
Kasih yang sebenar

Wajah dan senyum mu
Sentiasa ku angankan
Aduhai sayang oh...

setelah apa yang berlaku pada diri ak nie.... ak da dpt satu pengajaran...
kita mestylah hargai seseorang 2 bila dya dah ada di depan mata kita.....
jangan satu ary nanty menyesal.... mcm ak..... ak dah x dapat berjumpa dengannya lagi.... dan ak mgkin x akan berjumpanya....
kecuali di alam barzakh.... semoga dya aman di sana.... al-fatihah......

Monday, March 23, 2009

k!sah ikt!bar utk semua

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu."Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri.Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita.

Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah…" rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam.

"Memang sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama.

Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya.

Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk.

Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut.

Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah.

Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.

Friday, March 20, 2009

++ hurm... engat lg kat si dya ++

entah apa la yg x kena pada ak nie.....
buat aper pn asyik teringat kat dya jea.....
hurm...
kadang2 tue mls ak nk lyn prasaan ak yg bkan2 nie....
dya entah engat kat ak ke x.........
buang karan jea la klw ak sowg jea yg syok sndry...

entah pe la yg dya buat skrunk yea....
apa msh ada lg perasaan dya pd diri ak???
msihkah dya engat pd janjy2 dya yg dulu???






**fara.... walaw pe pn yg terjadi lps nie, kita still each other k...
engat lg ak kat kata2 terakhir yg keluar dari mulut dya....
mle2 ak x nk tgk dya lngsung time tue... tp kwn2 ak yg paksa....
utk kali terakhir katanya..... ermmmm........

kaLau kaU ciNta, kaTakanLah ciNta…
biaR aku tak teRnaNti-nanti…
daLam meNcaRi jaWapan yaNg peNuh paSti…
keHidupan diaNtara kiTa...
biaR ceRia daN peNuh baHagia…
deNgan Rahmatnya ilahi...
kekaL beRpaNjangan…
kaLau kau ciNta...
kuNtumkanlah senyuman…
biaR aku meNgerti nanti...
keTuLusaN hatimu…
uNtukku bawa daLam tidUrku…
mengayam mimpi...
peNuh iNdah beRsaMamu… sayangku…

Thursday, March 19, 2009

++ laguku untukmu ++

kadang kalaku rasa
ingin luahkan segalanya
rahsia yang tersimpan di dada
sekin lama
namun kelu terus membisu
menatap wajahmu
daku malu tapi tak mahu kehilngan mu


ucapkanlah cinta
ucapkan ku saja
yang kau perlu setiap waktu
sepanjang hayatmu

ucapkan kau rindu
daku yang kau mahu
yang kau cari takkan temui
ku tidak tertahan lagi
untuk mengaku
ku cinta mu...


dan kadangkala kita
hanya sedar keindahannya
pabila ia sudah tiada di depan mata
tidak rela ku lepaskan satu-satunya insan
yang berikanku segala makna hidupan


ucapkanlah cinta
ucapkan ku saja
yang kau perlu setiap waktu
sepanjang hayatmu

ucapkan kau rindu
daku yang kau mahu
yang kau cari takkan temui
ku tidak tertahan lagi
untuk mengaku
ku cinta mu...


andai daku kau terima
lebih dari teman biasa
daku kan setia
takku benarkan kau berair mata
andai kau terima cintaku
daku kan belai kan tanganmu
di penghujung waktu
kau dan aku di dunia...







**hurm...
andainya dya mengerti ketulusan hati ini....
mgkin dya x akan biarkan ak sendiri begini.....
semoga dya bhagia disamping insan yg tersayang....
biarpn insan tersayang tue bukan ak......

++ kerana inai.... ++


geram btl ak tgk jari kak su....
(biase ler owg bwu pas kawen... msty la penuh inai di jari)

so, cuty ujung minggu yg lpas, ak g la umah eyta...
kebetulan kat uamh dya der pokok inai,...
per lg, ak g la menggatalkan tangan...
huhuhuhu...

tp yang ak malasnyer....
asal ad jer customer dtg kat syarikat nie,
semuanya ckp yg ak nie da kawen...

**suami owg mana dik?????
**selamat pengantin baru.... bila kawennya???
**baru kawen yea... merah inai.....

malas btol la.....
baru umo 20 dah kawen owg kater..... huh!!!
len kali ak x maw pakai inai penuh.....
t owg slh paham lg....

bila ak cte kat kaksu ngn eyta, diowg ley gelak jea...
panas.... panas.....

Thursday, March 12, 2009

++ free time at office +++ huhuhuhu

ada gaya cm bos x...
hehehehe....
nie la ak wat time free... (time x da keje)

tgk la kat screen monitor 2....
(terpampang myspace.... (",) huhuhuhu)
kalaw bos taw nie.... habis......


rinie ak bosan lorh....
x da keje sngat....
so ak dapat idea nk hiaskan tangan ak ngan inai....
hehehe....

hasilnya....
hehehehe




cntik x????
ak sjer jea menghabiskan inai kak sue....
nk gak pakai...
xkn pengantin jea.....
hehehehe

++ kerna lapar ++

entry ak kali nie adalah mengenai rasa malasnya ak untuk memasak....
hurm....
tp nk buat mcm mna....
ak gagahkan la jgk diri ak nie untuk msk....


hasilnya.......


ini lah dya sup sayur tulang ayam.....
hehehehe....
cz ak ngan eyta nk budget bln nie....
x mampu la kami nk bli daging ayam....
so, kami g la cari rangka ayam kat pasaraya billlion manjung....
huhuhu...
cedey x dgr cter ak nie...
wawawawawa....



nie plak sayur tumis kacang panjang buatan eyta.....



bla da makan makanan 2 semua...
jangan lpekan pencuci mulut....
hehehe...
nie adalah buah2an tempatan yang ak ngan eyta bawak dr umah....
ada limau, mangga, plum....



kalw u all x da wet nk maman kat luar...
jgn la berat tulang...
rajin2kan la diri kat dapur ek....
expecially yg dk kat umah sewa tue....
ley budget can kiteowg.....
hehehe...

Tuesday, March 10, 2009

++ teknolog! komputer s!stem ++

video

khas untuk tatapan sahabat2ku....

jgan lupekan kenangan kita bersama.....

Wednesday, March 4, 2009

++ c!nta ++


pernahkah u all dilamun cinta????
erm....
ak rasa suma owg pernah mengalaminya bkn???
rasa sronok sngat...
cz kita menyayangi dan disayangi....
termasuk la ak....
ak pn sama pernah mengalami pengalaman 2....
lebih2 lagi masa ak skolah menengah dlu....
mmg best...
syok sesangat....
rasa cm x nk jea lari dari zaman 2....
tapi 2 semua dah tinggal kenangan....
masa xkan boleh diputarkan kembali....

ok lah....
ary nie ak nak kongsi satu cte kat u all...
kalaw dah tajuk entri ak "c!nta", so, cerita yg ak nak ceritakan pada u all ary nie pn pasal cinta la....

**

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.

Tuesday, March 3, 2009

~s!ngle Ladies...~

Hayati lirik lagu dibawah nie....
jika suka seseorang tue, jagan bagi bnyak alasan...
bila dah melepas, mulalah menyalahkan diri sendiri.. kan dah rugi....

All the single ladies (7x)

Now put your hands up
Up in the club, we just broke up
I’m doing my own little thing
Decided to dip but now you wanna trip
Cuz another brother noticed me
I’m up on him, he up on me
dont pay him any attention
cried my tears, for three good years
Ya can’t be mad at me

[Chorus]
Cuz if you liked it then you should have put a ring on it
If you liked it then you shoulda put a ring on it
Don’t be mad once you see that he want it
If you liked it then you shoulda put a ring on it

(Chorus)
I got gloss on my lips, a man on my hips
Got me tighter than my Dereon jeans
acting up, drink in my cup
I could care less what you think
I need no permission, did I mention
Dont pay him any attention
Cuz you had your turn
But now you gonna learn
What it really feels like to miss me

(Chorus)

Don’t treat me to the things of the world
I’m not that kind of girl
Your love is what I prefer, what I deserve
Here’s a man that makes me then takes me
And delivers me to a destiny, to infinity and beyond
Pull me into your arms
Say I’m the one you want
If you don’t, you’ll be alone
And like a ghost I’ll be gone

All the single ladies (7x)
Now put your hands up

(Chorus)

All my single ladies throw your hands in the air
All my single ladies throw your hands in the air

Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that

Here we go again, check on your man
Fast as we can, we got an evil plan
If you can’t follow me, get out the game
Call for backup as soon as you hear my name!

Hook:
It’s time to get nasty
Look at me, I’m fabulously sexy
Front of the line, VIP
We’re celebrity

Chorus:
You got me feeling nasty baby
It’s kinda hot but it’s so damn crazy
It feels so good to be a single lady, baby
Don’t be afraid to explore my body
Take off your clothes, get naughty
Let’s funk away this party

Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that

Don’t know where I left my cell phone
I mean, this song really turns me on
We could be jamming all night long
The vibe is coming over me so strong
I’m feeling we’ve just begun
Let me help you put it on

Repeat Chorus

T-Pain:
TP and B-E-E
Sure u aint ready to party with the wife of Jay Z
She pretend to be a single lady
So she can ride with me
I came in to check on her
But I keep looking at shorty
she so hot that I wish she was my beyonce
(Cant understand this part lol)
Nappy boy in love with baby bee

All my single ladies throw your hands
All my single ladies throw your hands
All my single ladies theow your hands up
In the air!

Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that

Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that

Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it
Do it, do it, do it like that


++ seLamaT peNgaNtiN baRu kak su ++

pada 28hb february yang lepas...
salah seorang pekerja Fisywa Trading & Services telah melangsungkan perkahwinan..

Zahar Gerald Mejoh (Gerald Willfred Mejoh) bersama Nurshuhaida (kak su)...
majlis persandingan mereka diadakan di Dewan Merdeka, Seri Manjung...


**semoga perkahwinan mereka dicucuri rahmat dam berkekalan hingga ke akhir hayat....

Monday, March 2, 2009

++ seLamaT tiNggaL Fasa 1a, Manjung ++

** ak ngn eyta dah berpindah rumah....
biasa la..
kalw x selesa kita kna blah la dari tmpat tue...
bkn ape, untuk memudahkan kiteowg gak berulang alik dari tempat keje...
kalau ikut umah lama, memeng jauh la jgk dari tmpat keje...
kena lalu 3 trafik light....


nie la umah kiteowg dulu...

no. 170, Fasa 1a, Manjung....

Skrunk dgr cte ada owg India yang menyewa kat c.2....

++ memory tks 2/2007 ++

meriah x....
kalaw masa boleh diputarkan kembali, nak jea ak balik pada zaman tue....
gambar nie member ak (lan) yang snap...
biasa la, dya la salah sorang dalam banyak2 member ak kat clas 2 yang gna enset cybershot...
so, dya la yang kena jd camera man...
gambar nie x silap ak di ambil masa kiteowg ada jamuan hari raya...
nama lagi jamuan hari raya, so...
hanya kuih raya jea la yang ada masa tue...
**banyak sngat pengalaman pahit yang manis ak lalui ngan diowg nie....
macam2 cerita ak dapat.... macam2 kisah ak dengar...
hope ak dapat jmpe korang lg ye....
c u all my beloved friends....
mish u all.....
teringat ku di masa lalu.....
kisah antara kau dan ak.....
hanya tuhan yang tahu...

+ keNangan s!LaM keMbaL! mEneRpa d!!ngaTaN ++

KUALA LUMPUR, 2 March 2007 - Malang tidak berbau. Itulah yang menimpa seorang remaja lelaki yang tidak menyangka niatnya untuk membuang air kecil di sebalik sebuah pintu yang disangkanya tandas di Berjaya Times Square, Jalan Imbi di sini rupa-rupanya 'lubang maut'. Sebelum kejadian pukul 6.10 petang itu, Jamilman Haris, 19, yang juga merupakan seorang pelajar Institusi Latihan Perindustrian di Ipoh bersama teman wanitanya sedang mencari tandas di tingkat tujuh pusat membeli-belah itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Christopher Chong berkata, remaja tersebut tidak mengetahui pintu itu menghubungkan sebuah lot kedai yang dalam proses dibina dan belum mempunyai lantai. "Siasatan mendapati, ketika kejadian pintu itu tidak berkunci dan mangsa menyangka ia merupakan pintu tandas,'' kata beliau. Menurut beliau, sebaik mangsa menolak pintu tersebut dia terus terjatuh hingga ke tingkat bawah. Mangsa yang belajar dalam jurusan pertukangan itu mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian. Christopher memberitahu, nasib baik teman wanita Jamilman yang menyedari kejadian tersebut, tidak ikut masuk ke pintu yang tidak berlantai itu. "Teman wanita mangsa dikatakan sempat berundur sebaik melihat teman lelakinya terjatuh. "Dia yang panik terus menjerit meminta pertolongan pengunjung di pusat membeli-belah berkenaan sebelum dia pengsan,'' katanya. Difahamkan, tidak jauh dari lokasi itu, terdapat papan tanda menunjukkan arah tandas dan mungkin sebab itu mangsa yang melihat pintu di lorong tersebut terus menolak pintu itu. Tingkat tujuh pusat membeli-belah tersebut turut menempatkan taman temanya dan beberapa buah kedai. Sementara itu, jurucakap polis berkata, kematian mangsa tiada kaitan dengan jenayah dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Teman wanita Jamilman pula semasa ditemui di HKL tidak boleh berkata-kata kerana masih terkejut dan terpaksa duduk di atas kerusi roda.

**pada bdk2 ilp batch 2/2007 , terumatanya bdk2 course Teknologi Komputer (Sistem) msty u all teringat kisah nie...
pejam celik dah setahun berlalu trajedi yang telah meragut nyawa seorang sahabat kita JAMILMAN BIN HARIS....

**semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya... amin.....
Al-fatihah...