++ my sweet follower ++

Sunday, January 31, 2010

..:: Only hundred day's love ::..



Salleh dan Sallehasedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! Saya bosan. Saya harap sangat yang saya juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu dengan saya. “

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Saya ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “

Salleh : “Errr? Permainan apa? “

Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata saya jadi kekasih awak dan awak jadi kekasih saya tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “

Salleh : ” Baiklah… lagi pong saya juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :

Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Saya haus la awak. Rest kejap okay. “

Salleh : ” Tunggu disini, saya beli minuman dulu. Saya nak minum “Green Tea”; Awak nak minum apa? “

Salleha : ” Biar saya saja la yang beli. Awak kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? “

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh
Hari Ke 100 kita sudah hampir berakhir. Saya menikmati hari-hari yang telah di lalui bersama-sama awak. Walaupun kadang-kadang awak buat derk dan tidak dapat saya membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidup saya.

Saya telah menyedari bahawa awak adalah jejaka yang berharga dalam hidup saya. Saya menyesal sebab tidak pernah berusaha untuk mengenal awak dengan lebih mendalam lagi sebelum ini.

Sekarang, saya tak nak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari kita bersama. Sama seperti yang saya telah ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Saya nak awak menjadi cinta sejati dalam hidup saya. Saya ingin menjadi kekasih awak selamanya dan berharap awak juga akan berada disisi saya untuk seumur hidup saya. Salleh, saya sayang sangat pada awak.



Saturday, January 30, 2010

..:: kadang2 kita x perasan ::..


Sesuatu yang mungkin kita tidak perasan atau tidak terfikir langsung….

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kita dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana orang tu ingin menjadi seperti kita.

4. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun orang tu tidak menyukai kita

5. Setiap malam ada seseorang mengingati kita sebelum orang tu tidur.

6. kita amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. kita seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang kita tidak ketahui menyayangi kita.

10. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya kita merasakan yang kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang telah meminggirkan mereka.

12. Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat-laun kita akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan, kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang orang tu adalah yang terbaik pernah kita kenali.




Friday, January 22, 2010

..:: jenis2 cOupLe ::..

salam semua....
sory sesangat cz lme x update.....

so, kali nie fara nk cite psal jenis2 couple.....
pd yang tgh couple 2...
korang layankan ajer keyh.....

x der niat utk menyinggung perasaan sape2....

"it's just for fun!!!!"

Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang… Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan “I wear sexy and I feel good” ataupun “I have the right to wear anything I want”… Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..




Monday, January 18, 2010

..:: sahabat untuk selamanya ::..

salam semua......

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.



Sunday, January 17, 2010

..:: kisah biskut ::..

salam semua.....

kali nie fara nak citekan satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran utuk uols.....
so.... layankan aje.... hehehehe (^_^)

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

note:
Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.




Monday, January 11, 2010

..:: sepupuku di AJL ::..

salam semua...

malam tadi berakhirlah teka teki mengenai siapakah yang menggondol gelaran juara lagu yang terbaru.....
(wah.... ayat "menggondol" nie memang x leh blah.... hehehehe (^_^)

n part yang paling bestnyer, sepupu fara pun perform bersama malam 2.....
artiskah dya????
x la....

klw uols tgk AJL malam td, time aizat nyanyi lagu pergi.....
kan ada 2 orang backup di belakangnyer....
seorang india n sorang lg melayu.... 2,2 perempuan.....

yang melayu 2 la sepupu fara......
blah ayah fara.... fara panggil dya endang jea....
malam 2 dya men alat muzik cina.....
x silap fara "erhu" nama alat muzik 2......

mle2 fara mmg tak perasan cz fara nk tgk yuna perform jea....
(peminat yuna la katekan.... huhuhu)
mak fara yang bgtaw.....
n pas2, akak fara lak call...... bagitaw gak bnd yang sama.......

apa2 pn..... cayalah....!!! (^_^)
aizat dpat tempat pertama....
n yuna...... tempat yang ke 2......
pe2 pn artis2 yang perform malam 2 bagus2 belaka.....





Sunday, January 10, 2010

..:: macam tunggu bas ke??? ::..

salam semua....

penatnyer ary nie.....
tengah ary td fara n family ke teluk intan....
cz menghadiri majlis perkahwinan anak OBJ (Orang Besar Jajahan) teluk intan....
gambar2nya akan fara publishkan kat len entry k.....

dah petang sangat, br la smpai umah,,,,
memang memenatkan.....
pas2, ujan turun selebat-lebatnya,,.....
nsib bek time 2 dah sampai umah.....

mlam lak, pas maghrib.....
kwsan umah plak black out.......
hurm....

(dalam aty : msty x smpat online pnyer malam nie..... huhuhu....)

dlam pkul 9 lbh.... br de elektrik blik.....
(Fuh!!!! lega rasanya.... ley la online... hehehe)

fara sekarang tengah memerah otak nie.....
sebenarnya tak taw la nak tulis pe kat blog.....
rasa cam sayang giler kalau tertinggal walaupun satu entry kat cnie.....
huhuhu.....

so, fara terasa nk publishkan cte nie.....

uols layankan jea ok..... (^_^)

betul ke cinta nie mcm tunggu bas?????

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awaktunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

... .Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!


note :

entry nie dibuat semalam......

jangan terlalu memilih!!!! nanty menyesal seumur hidup...... huhuhu



Friday, January 8, 2010

..:: no more mood for blog ::..


salam semua.....

asal la semenjak 2 menjak nie "mood" utk mencurahkan sesuatu pd blog berkurangan.....

mybe sb keadaan sekeliling kowt.... hurm...

puas dah fara mencari "mood" di merata2.....

tp...

x jugak jmpe2......

wahai "mood"....

datanglah kemari......

aku mahu seperti dahulu.......




Wednesday, January 6, 2010

..:: kali nie x leh sesame ::..

salam semua.....

fara rase cam baru semalam jea........

g jejalan sesame....

study homework sesame.....

masuk kelas sesame....

melepak2 sesame....

g traning sesame......


tahniah.....

rnie member fara yang pling rapat kat ilp dah selamat mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran di ADTEC SHAH ALAM.....

tempat yang kiteowg dah janjy nk smbung study sesame dulu....
tapi kali nie x leh sesame dah....

for lyn.... study bebaik yea..... mgkin kali nie x da rezeki kita nk smbung blajar sesama kat sana....

fara doakan lin berjaya kat sana nnty.....

n jangan lpekan persahabatan kita k........




Monday, January 4, 2010

..:: satu harapan..... ::...

salam semua.....

bla msuk thun br, msty kta sering bercakap psal azam....

mana2 pn msty psal azam....

bkak facebook msty de yg bckap psal azam....

bkak forum pn de jgk bckap psal azam....

even bkak blog pn... geng2 blogger pn dk bckap lg tentang azam!!!!

huh!!!

fara bknnyer mlas nk borak psal azam nie......

sbnarnyer azam fara thn lepas pn x tercapai lagi...........

biarlah rahsia...
MyEm0.Com

ape2 pn...... kali nie......

fara nk cite pasal azam la......

pe azam fara tahun 2010 nie yea??????
MyEm0.Com

fara berazam nk smbung study....... n study sesungguh.....

wlawpn fara prnh "frust" psl nk smbung2 study nih.....

iye la..... dah 2x mencuba nasib... tp hampa..... huhuhu.....
MyEm0.Com

fara dah dpt kekuatan dr "seseorg" yg bnyak beri sokongan dan dorongan pd fara.....
MyEm0.Com

dya la yang bg fraa semangat untuk meneruskan perjuangan....
(mcm kat medan perang lak.... hehehehe)

n insya'Allah....

walaupn fara x berjaya memegang segulung ijazah...
(mcm akak n abang2 fara)

fara nk gak merasa memegang segulung diploma........
(akan diusahakan juga.....)

pergilah semua memori duka........
MyEm0.Com

so, fara mesty fokus kali ni!!!!!

x nk bnyak men lg.....
MyEm0.Com

doakan fara berjaya k...........
MyEm0.Com





Sunday, January 3, 2010

..:: entry awal pagi.... ::...

salam semua.....

penat lorh.. n sungguh mengantuks.... (mle2 tulis dah mengeluh..... pe la....)

terpaksa la fara membesarkan mata utk tulis entry nie.... hu3x.... MyEm0.Com

fara bru jea blik dr key ell.... g umah sepupu fara.... dya kawen rnie.... (2.1.2010)

t fara upload gmbar2 kat sna...

sajer jea nk mgadu kat uols.... hehehehe...MyEm0.Com

k.... mana yg x tdo lg, jgn jd musang yea......

mcm esok x leh online lg jea.......

k.... nite semua..... fara tdr dlu yea.... MyEm0.Com

smoga hidup kita dirahmati oleh Allah SWT.... amin......





Saturday, January 2, 2010

..:: engagement sis lya ::..

salam semua.....

kali nie fara nk bercerita tentang bertunang.....
apa itu bertunang?????

of course la salah satu "step" untuk ke gerbang perkahwinan.... right???? hehehe
kali nie.... x g jauh pn..... lokasinya.....
depan umah fara jea.... (kira dekat jgk la wlupn jauh sedikit... hihi....)

fara bersama barang2 hantaran untuk majlis pertunangan kak lya....

cup cakes nie cukup menarik perhatian.....
skrang nie, mna der dah orang gna kek2 bulat 1kg tue.....
klw der pn time kawin jea....
cz wat kek tingkat2.... yea x????

nie pn antara hantaran yang menarik perhatian.......
tp bkn utk dimakan k.....
klw makan pn x mati.... huhuhu....
"bnd" nie dibuat dr tepung... n sngat keras......
hnya sesuai utk hiasan sajork!!!!

nie la hntaran untuk diberi pd pihak lelaki.....
de 9 semuanya.....

nie la kak lya.....
tema ary 2 adalah biru......




majlis perkahwinan dijangkakn pd bulan 6 nnty....
so, uols nantykan sajer entrynyer keyh.......




Friday, January 1, 2010

..:: welcome 2010 ::..

sedih rasanya bila meninggalkan tahun 2009....
x sedar masa berlalu dengan begitu pantas.....