++ my sweet follower ++

Tuesday, March 26, 2013

..:: pesanan ::..


pesan cik fara : sebelum tidur ada pesanan untuk lelaki, lelaki... kalau sudah tiada perasaan sayang pada kekasihmu.. katakan lah.. dah lepaskan lah kekasihmu itu pergi.. jgn menghilang.. berdiam tanpa sepatah kata.. jangan gantung tak bertali kekasihmu.. ingatlah, kekasihmu itu punya perasaan.. sesungguhnya penantian itu amat menyeksakan... salam sayang dari cik fara..

Monday, March 25, 2013

...:: dugaan ::..


cik fara pesan : banyak betul dugaan dalam hidup kita.. segera lah kembali memohon petunjuk dan hidayah dari-Nya.. semoga apa yang kita lakukan akan mendapat berkat dan rahmat di sisi-Nya.. Amin.. salam sayang dari cik fara... :)

Sunday, March 24, 2013

..:: sedapnya buah mata kucing ::..

kali nie fara nak cerita tentang khasiat salah satu dari buah-buahan kegemaran fara..
jadi fara kongsikan di sini supaya dapat beri manfaat kepada semua...
-setiap buah mata kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah..wow!

-lagi dia kata, buah ni gak mengandungi phenolic terutama pada bijinya, seperti asam gallic, corilagin, dan asam ellagic yang mengandungi antioksidan yang sesuai bagi wanita hamil dan bijinya juga dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular..

- lagi, daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri yang mana ia mengandungi quercitrin dan quercetin, yang memiliki sifat antioksidan dan antivirus, sehingga boleh dimanfaatkan untuk mengubati alergi, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular.

- pada kandungan bijinya juga, mengandungi saponim, tannim, (dah macam nama adik beradik dah) dan lemak (banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat shampoo dan mengatasi keringat yang berlebihan.  Selain itu, bijinya juga banyak digunakan untuk menghentikan pendarahan.)

- oke, bercakap tentang isi buah mata kucing, isinya boleh dijadikan ubat untuk merawat sakit perut di mana dia berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan, mengurangkan suhu badan khususnya ketika demam dan membunuh cacing di dalam perut selain dapat juga dijadikan sebagai penawar racun.  Air daripada isi buah mata kucing yang dikeringkan bertindak sebagai penyegar dan ubat untuk insomnia, kelelahan kronik, perasaan lemah, dan tidak ada nafsu makan.

- Last but not least, buah mata kucing juga dapat menghasilkan tenaga yang baik disamping meningkatkan stamina kerana ia banyak mengandungi sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asam tartaric. Oleh kerana itu, buah ini dikatakan baik untuk ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin, tetapi haruslah diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan :)
Ihsan : pak cik google..



cik fara pesan : kalau dapat buah nie.. mesti makan tak berhenti2.. selagi buah nie tak habis.. huhu.. memang kegemaran betul... salam sayang dari cik fara.. :)

Saturday, March 23, 2013

..:: oh peplum ::..

Hai semua... kita bertemu lagi.. kali ini fara bersiaran di perkarangan bilik kecil yang terpencil di kota Manjung.. hahahaha..

bajet wartawan ke cik fara hari ini???

yuhuuuuuuu......

sebenarnya hari ini fara nak bercerita mengenai diy yang fara buat beberapa hari yang lepas...

alkisahnya begini...

fara sebenarnya dah lama teringin gila nak baju peplum.. tapi harga dia membuatkan fara tak teringin langsung nak membeli.. huhu.. kesian kan...

jadi nak dijadikan cerita..

fara jenjalan la area pekan manjung nie... dan terpandanglah baju peplum yang sudah lama fara idamkan... dah harganya,... murah gilerrrrrrrrrrrrrrrr....

apa lagi.. dengan fantasnyer fara grab sehelai... bila lagi nak merasa kan...

so, inilah baju peplum yang fara beli tu...
tapi kan,,,

tiba2 rasa macam ada kekurangan pada baju tu... simple gila...

jadi dengan tak semena-mena idea datang mencurah2,,,



fara pun keluaran la tools kit yang memang fara simpan sejak rajin menjahit kebelakangan nie...

fara rasa memang fara patut lakukan sesuatu pada baju nie...

dan beberapa jam kemudian...

maka terhasillah jahitan yang tak seberapa ini...

tapi fara berbangga sangat kerana dapat menghasilkannya sendiri...





cik fara pesan : mungkin blogger2 yang lain boleh hasilkan yang lebih baik dari ini.. jadi jangan putus asa k.. sambil2 tu kita boleh jimat duit.. iye tak?? :) salam sayang dari cik fara...


Friday, March 22, 2013

..:: cara simple kenal pasangan.. ::..

nak tahu tak cara untuk kenal pasangan kita??

kat bawah nie...

fara ada sesuatu untuk dikongsikan bersama.. harap boleh beri manfaat.. :)

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN

Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.


Sumber : facebook




TANAH + API = ???


cik fara pesan : SIFAT-SIFAT yang dinyatakan ini bukannya RAMALAN NASIB. Tapi ianya diakui sebagai FAKTA SAINS yang membuktikan, perihal manusia. Tolong jangan sempitkan fikiran anda.




Tuesday, March 19, 2013

..:: Kursus Kahwin ::..

pada 2 dan 3hb March yang lepas,
fara dan kakak fara telah menghadiri kursus pra perkahwinan yang diadakan di ipoh..

(amboi cik fara, dah 2 minggu baru nak cerita yea..)

kursus ni bukannya khusus untuk bakal2 pengantin saje,
time fara pergi tu ramai yang datang.. rasa2 dalam 100 lebih jugak yang hadir...

 pelajar2 dari Universiti pun ada yang turut serta..

untuk pengetahuan korang, kursus nie diadakan selama 2 hari berturut2.. iaitu pada hari sabtu dan ahad.


 




cik fara pesan : akhirnya selesai sudah kursus kawen nie... tunggu masa nak kawen jea.. ahaks!!!!


Sunday, March 17, 2013

..:: singgah sebentar.. menggamit kenangan.. ::..

dulu..

setiap kali menghantar fara balik ke teluk intan arwah mak mesti tak akan lepaskan peluang singgah ke kedai makan ini..


kerana makanan di sini adalah salah satu dari kegemaran mak bila datang ke teluk intan..

kini...

setelah hampir dua tahun pemergian mak tercinta..

kami sekali lagi datang ke sini tanpa kehadiran mak disisi...







nie la antara kegemaran makanan arwah mak..
rojak dan mee rebus..

pesan cik fara : semoga arwah mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. kami anak2 mak selalu mendoakan kesejahteraan mak di alam sana.. Al-Fatihah..


Saturday, March 16, 2013

..:: niat menuntut ilmu kerana Allah.. ::..


Belajar itu menjadi ibadah jika niatmu itu ikhlas kerana Allah.
Justeru betulkan niatmu terlebih dahulu,tanamkan di dalam hatimu...

'aku menuntut ilmu ini kerana ia perintah Allah dan aku berazam dengan kefahaman  terhadap ilmu ini yang  KAU anugerahkan nanti  akan aku sampaikan kepada orang lain dan akan aku amalkannya dalam hidupku'

Oleh itu anak-anak,apabila niatnya ikhlas kerana Allah maka InsyaAllah,DIA akan permudahkan segala urusanmu ketika belajar bermula dari penerangan guru,memahamkan intipati tajuk yang diajar,menghafal segala fakta dan isi,menyiapkan segala assigmnent yang  diarahkan hinggalah kepada ketika kamu menjawab soalan ujian dan peperiksaan,InsyaAllah!! Allah akan memberikan pertolongan dan bantuanNya kepadamu kerana apa?

Kerana kamu telah dan sedang  berusaha untuk menjadi muslim yang patuh pada perintahNya. Kamu sedang berusaha untuk menjadi pelajar muslim yang cemerlang.Kamu sedang berusaha untuk mengetengahkan dirimu sebaris atau mengatasi bangsa lain dalam menuntut ilmu.Dengan kata lain kamu sedang berusaha untuk menjulang nama Islam di atas mukabumi ini dengan ilmu yang dimiliki.Ingatlah kepada maksud sabda Rasulullah s.a.w tercinta:

Daripada Abu Darda', bahawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ;
''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Dan maksud hadis yang lainnya;

“Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud

sumber : http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com

cik fara pesan : Tiap-tiap perbuatan adalah dinilai menurut tujuan orang yang melakukannya. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh dua orang dengan tujuan yang berlainan, maka berlainan pula nilainya, kerana tujuanlah yang mendorong seseorang melakukan sesuatu perbuatan itu...



Friday, March 15, 2013

..:: teringin.. ::..

musim gaji datang lagi...

bila time2 macam nie la boleh merasa makanan yang sedap2 dan harganya pulak tidak sedap dibayar.. hehehe..

kali nie teringin nak makan di pizza Hut.. ditemani oleh encik jejaka tampan lagi bergaya... (^_^)

gambar kami terpaksa di sembunyikan lagi kerana belum tiba masanya.. ececeeeee!!!!

nanti la.. tak syok kan cerita awal2..

Insya'Allah ada peluang nanti fara tunjukkan, tapi korang kena doakan la supaya jodoh cik fara kekal dengan beliau ok..

eh, sudah2.. orang nak cerita pasal makan.. terrrrrrr mukadimah cerita lain pulak... hihi.. sory2..



disebabkan fara dalam proses berpantang untuk minum air2 yang ada ais,
jadi, kami order air coffee sajeee..
berebut nak susu lebih.. hihi.. agak tidak sopan disitu,
jadi jangan tiru ok..

nie menu kegemaran fara di Pizza Hutt..
bila datang sini, tak lengkap rasanya kalau tak order..
Bolognaise Spaghetti 
(ah.. tetiba lapar bila tengok gambar ni..)


nie pulak menu encik jejaka tampan lagi bergaya..
hihi..


cik fara pesan : kena tunggu gaji bulan depan untuk merasai sekali lagi kenikmatan makanan ini...



Wednesday, March 13, 2013

..:: Nite at Menara Condong, Teluk Intan.. ::..

dulu fara pernah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Teluk Intan.

bila bercakap pasal teluk intan, mesti kita akan terbayangkan menara condong yang ada kat sana..

sepanjang 2 tahun belajar kat sana, fara tak pernah terfikir pun nak lihat menara condong pada waktu malam..

asyik dengar orang bercerita jea,..

jadi, pada satu hari... ada seorang hamba Allah nie yang baik hati telah membawa fara melihat sendiri keindahan tersebut..

Subahanallah.. memang cantik.. (^_^)

 menara tu bertukar2 warna.. macam lampu lip lap tu..

tapi... yang tak bestnya, fara pergi time hujung minggu.. memang sesak la.. kat sekitar tu pulak ada kawasan ala2 Uptown.. nak cari parking pun susah..

kat bawah nie fara ada kongsikan sedikit gambar untuk tatapan para pengunjung belog fara yang tak seberapa nie,, (sedih je ayat.. huhu)




pesan cik fara : boleh datang sini pada hari minggu, tapi jangan terlalu lewat.. kalau boleh awal2... dalam lepas isyak ke.. sebab memang payah cari parrking.. menara nie pulak letaknya memang tengah2 pekan.. tapi Alhamdulillah.. selamat juga sampai akhirnya...

Tuesday, March 12, 2013

..:: Hanis Irdina... ::..

Nie anak buah fara yg ke-6...

Nur Hanis Irdina Binti Ahmad Sani Ruhaizan..
Panjangnyer nama.... letih nak menyebutnya.. huhu

Sejak kebelakangan nie.. pandai pulak dia posing2 depan camera..
dulu langsung tak nak..

jadi fara kongsikan sedikit gambar untuk tatapan pengunjung belog nie.. (^_^)





pesan cik fara : anak anak ibarat kain yang putih.. kitalah yang akan mencorakkannya..

Monday, March 11, 2013

..:: jodoh ::..


pesan cik fara : jodoh pertemuan di tangan yang maha Esa.. Kita hanya mampu berserah..

Sunday, March 10, 2013

..:: Wedding Sahabat Lama.. ::..

10hb februari yang lepas..

(sory, entry nie lambat publish sebab menanti gambar dari sang empunya enset yang canggih manggih.. sampai tak boleh nak bluetooth kat enset samsung pink cik fara.. hukhuk.. selfish betul enset ituh!!!!!)

berlangsungnya perkahwinan seorang rakan baik fara semasa kami bersama2 melanjutkan pelajaran di Institut Latihan Perindustrian, Ipoh.. 7 tahun yang lalu!!!!

(lama tak.. lama tak... hehehe)

sekarang masing2 dah membawa haluan... ada yang dah kawen.. ada anak.. dan yang nak kawen pun ada... cik fara ni bila la kan nak mengikut jejak langkah mereka2 ini....huhu..

tema pengantin pada hari itu adalah biru turqoise.. (betul ke ejaan ni?? ah, lantaklah... malas nak google)
pengantinnya sangat2 canteekkk..
yang sebelah pengantin berkaca mata itu adalah si empunya belog..
opsss!! 
bukan main bergambar dekat2 dengan pengantin,
ambil berkat katanyer...

ni lah kawan baik si empunya belog semasa sama2 melanjutkan pelajaran dulu..
Alhamdulillah... bertambah sihat dia sekarang..
dulu si empunya belog pernah tulis entry pasal kawan baik dia nie..
time tu dia sakit..
dengan izin Allah.. Alhamdulillah.. sihat sampai sekarang..
senyum pun makin berseri...

yang nie pulak.. bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan..
(tunggu cerita pada entry akan datang yer.. )
si empunya belong punya la rapat ambil gambar dengan B@B ni..
nak ambil berkat lagi katanya..

antara sebahagian warga Teknologi Komputer Sistem sesi 2/2007
sebenarnya ada ramai lagi..
tapi masing2 dah merantau jauh....



dan ini pulak anak kepada pengantin yang pernah si empunya belog tulis satu ketika dahulu..
comel tak.. comel tak...hehe
memang cute.. sama macam mak ayahnya...


pesan cik fara : yang kawen sudah.. yang dapat anak pun sudah... cik fara bila lagi??? (ayat yang sering didengar sejak akhir2 nie...)

Saturday, March 9, 2013

..:: duit macam air.. ::..

tak sampai pun sebulan..

duit dah keluar macam air.. aduhai..

walaupun fara bukan menetap kat bandar raya besar macam Kuala Lumpur tu, tapi kos sara hidup lebih kurang je nampak gayanya.. tinggi!!!

lebih merumitkan lagi (ayat tak boleh belah..) bila kita menghadapi saat2 genting.. seperti tayar moto pancit, sabun badan habis, ubat gigi tak nak keluar dan macam2 lagi... bak kata semua nya kena guna duit..

kalau lah boleh shopping tepi2 jalan macam kutip daun tu.. kan best.. semuanya men ambil je... hehehe.. (banyak cantik ko yer cik fara..)

fara dah try berjimat.. macam2 dah buat..

 siap ada file kewangan lagi.. ceeewahhhh...!!! (^_^)

macam mana yea kalau kita nak berjimat??? korang ada tips tak??

share la sikit kat fara.. mana tau boleh beri manfaat pada fara dan semua...





cik fara pesan : menabunglah wahai semua.. mana tau nanti duit tu boleh digunakan bila sesak nanti...








Friday, March 8, 2013

..:: kerja seni ::..


waktu2 macam nie banyak perkara yang berlegar2 di fikiran...


jadi terasa macam nak mengkreatifkan diri seketika... hihihi..

bila BW kat blog  kawan2 blogger.. ramai yang mempamerkan kerja2 seni mereka.. mungkin hasil dari bakat terpendam yang sebelum ini tidak mereka ketahui.. bila BW kat blog B2B.. lagi la.. macam nak jerit kuat2 bila tengok hasil kerja mereka... kreatif gila!!!!!

cik fara pesan : apa fara nak buat dengan reben nie.. korang kena tunggu entry seterusnya yea.. tu pun kalau nak tunggu la.. ada ke orang nak baca blog cik fara ni?? terperasan sekejap... huhu







Thursday, March 7, 2013

..:: belum masanya lagi.. ::..

cepatnya masa berlalu..

sedar tak sedar dah 7 March 2013!!!

umur pun semakin lama dah meningkat..

ingat lagi dulu2, berangan nak ada anak sorang umur 26.. sekarang dah 24.. maknanya ada lagi setahun.. sempat ke angan2 ni tercapai????

satu2 undangan majlis perkahwinan diterima... tapi semua tu bukan dari fara... dari kawan2 fara...
semoga semuanya kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

tapi... betul ke perempuan/wanita2 yang berkerjaya nie berat jodoh???

bukan.... belum masanya lagi... tunggu la prince charming masuk meminang... hehehe

takut bila dengar... tapi fara nie jenis yang nak bekerja... x nak bergantung sangat hidup nie pada orang.. tp entah la... fara pun suka bila jadi suri rumah.. suka buat kerja2 rumah.. memasak.. membasuh.. mengemas...

 kenal sapa dalam gambar nie??? mesti la x kenal.. sebab mereka nie bukan la pasangan seperti lisa dan yusri atau scha dan awal... diorang nie kawan fara.. yang perempuan tu kawan baik fara... kami kawan dari kecik lagi... main aci kejar same2.. main masak2 same2...

bila tengok dia dah berumah tangga.. rasa macam... eh, aku nie tak laku ke??? x da pun sapa2 nak masuk meminang aku...

relax la fara... kakak pun tak kawen2 lagi... dia lagi la dah 27tahun... maap yea edda414 hihihi...
Insya'Allah... dalam tahun nie dia akan mendirikan rumah tangga berkat dari kesabarannya...

nanti bila kakak dah lepas... mesti orang akan tanya adiknya pulak....
alahai fara.........




comel tak?? Rayyan..
gambar anak pengantin yang kat atas tadi...
tahniah!! comel anak korang,,

cik fara pesan : maaf la kalau banyak membaca hari ni... lama tak luah perasaan.. huhu..