++ my sweet follower ++

Tuesday, April 5, 2011

..:: April Fool.. Apa kata korang??? ..::

Salam semua...

lama giler rasanya x update...
bkan pe... letih sangat2 buat buku report laporan Latihan Industri...
12hb April nie dah nak kena present...
so, apa lagi... smalam pun dah bersengkang mata siapkan laporan 2...
Alhamdulillah... tepat pukul 5am.. (bkan pm okey!!!!) pagi tadi..
semuanya dah fara settlekan...

ok... kita kembali kepada tajuk entry fara pada kali nie...
rasanya x terlambat lagi untuk fara cerita tentang Aprill fool nie pada korang...

*******************

sejarah APRIL FOOL...

mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

**************************
1 April 2011

fara dapat satu msg dari sorang kawan fara nie...

tp bunyi msg yang dihantar kali nie benar2 mengejutkan fara...

Kepada sesiapa yang mengenali nombor ini, tuan punya hp ini telah kembali ke rahmatullah... kami sekeluarga memohon maaf atas segala kesalahan arwah..

mmg terkejut...
x pernah pun dngar dya sakit ke... apa ke...

fara bg taw pd kawan2 rumah fara..
malam 2 jugak kami berusaha call keluarga arwah...

rupa2nya.. dya buat msg 2 sebagai mainan April Fool!!!!

Astarfirullah...
sampaikan hidup dan mati seseorang 2 hanya terletak pada hari kebodohan ini..
yang fara paling sedih, kawan fara nie ISLAM...
x ada ke perasaan bersalah dalam diri dya kerana mempermainkan kematian...
hmm....

semoga dya mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT...


p/s:
So, apa kata korang????