++ my sweet follower ++

Friday, November 23, 2012

..:: a poor boy love a rich girl... ::..

Salam semua...


Seorang budak lelaki miskin mencintai seorang gadis yang kaya.

Satu hari budak itu melamar gadis itu.


Kemudian gadis itu berkata,


"Dengar sini! gaji bulanan anda ialah perbelanjaan harian saya.


Adakah saya terima anda?


Bagaimana anda terfikir bahawa saya mahukan anda?


Saya tidak akan menyukai anda.


Jadi, melupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan anda. "

Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah.

10 tahun kemudian....

Satu hari mereka bertembung di pusat membeli-belah.


Wanita itu berkata,


"Hey! Anda! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin.


Adakah anda tahu berapa banyak gaji suami saya?


RM 10000 ribu setiap bulan!


Anda boleh bayangkan? Dan dia juga sangat bijak. "

Mata lelaki tersebut basah dengan air mata apabila mendengar kata-kata.

Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum wanita itu boleh mengatakan sesuatu


kepada lelaki itu, suaminya mula berkata dengan melihat lelaki itu.

"Tuan! Anda di sini? kenalkan isteri saya."


Kemudian dia berkata kepada isteri beliau,


"Saya akan membantu projek tuan, yang berharga 50 juta itu.


Dan anda ingin tahu satu fakta? Tuan saya mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat 


perempuan itu.

Itulah mengapa masih dia belum berkahwin.


Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?

Moral dari cerita ini.


Hidup tidak begitu singkat.


Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain.


Situasi yang berubah dengan masa.


Setiap orang harus menghormati cinta yang lain.



Sumber : Tengkunizam [dot] com 2012





Thursday, November 22, 2012

..:: Masa terlalu pantas!!! ::..

Salam semua....

lama tak update blog, dah bersawang rupanya.. hihi.. (^_^)

jangan merajuk tau, bila dah di alam pekerjaan nie, mula la sibuk...

sampai masa untuk diri sendiri pun jarang ada..

takpe, hari nie fara sapu sikit2 dulu.. buang apa yang patut...

(terkejut jugak bila tengok "dashboard" dah lain..)

masa terlalu pantas berlalu...

2012 makin menutup tirainya..

Dalam setahun nie, dah 3 kali fara bertukar tempat kerja..


November 2011 - Febuari 2012 - Akademi memandu perak

Febuari 2012 - September 2012 - Mydin meru raya

September 2012 - now - turcomp engineering....

lepas nie kemana la pulak cik fara oiii....


banyak sebenarnya nak cerita, tapi masa tak mengizinkan...

fara pun kena tarik nafas perlahan2 sebab nak mula balik berblogging...

rindu zaman blogging...



Wednesday, February 8, 2012

..:: keselamatan di tempat letak kereta... ::..


1. Peka dengan keadaan sekeliling. Letaklah kenderaan anda di parkir yang jauh jika ianya lebih selamat berbanding parkir yang berdekatan, tetapi boleh mengundang bahaya. UTAMAKAN KESELAMATAN DARIPADA KESELESAAN.

2. Minta bantuan rakan atau pengawal keselamatan untuk menemani anda ke tempat letak kereta sekiranya keadaan persekitaran gelap atau merasakan tindakan tersebut adalah lebih selamat.

3. Jadikan sebagai satu kebiasaan untuk meninjau dahulu keadaan di dalam kenderaan sebelum masuk. Walaupun kemungkinan orang yang tidak dikenali berada di dalam kenderaan anda adalah kecil, namun perbuatan tersebut menunjukkan tahap kewaspadaan anda terhadap sebarang bentuk jenayah.

4. Pastikan anda sudah bersedia dengan kunci di tangan sebelum menghampiri kenderaan. Elakkan daripada dilihat tercari-cari sesuatu di dalam beg ketika di tempat awam yang secara tidak langsung memberi peluang penjenayah untuk mengambil kesempatan terhadap anda.

5. Perbuatan yang digalakkan selepas memasuki kenderaan adalah mengunci pintu sebelum menghidupkan enjin. Cuba elak daripada melengah-lengkahkan masa di tempat terbuka dan segera beredar selepas urusan selesai.

sumber : Polis DiRaja Malaysia




Monday, February 6, 2012

..:: Bicara Hati... ::..


Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setia rinduku nyata pada mu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu

Penyanyi : Lena AF




Sunday, February 5, 2012

..:: Salam Maulidur Rasul.. ::..

salam semua...

bersempena Maulidur Rasul 2012 nie...

mari kita kenali lebih dekat lagi Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW..





***********

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.


p/s :
di sini, fara ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul (12 Rabiulawal 1433 Hijri)...




Saturday, February 4, 2012

..:: Petua melawan sifat M.A.L.A.S ::..





1. Berwudhuk
– Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu
– Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.

3. Bangun Awal
- Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

4. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin
– Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

5. Bersenam
– Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.

●●●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●●●






Friday, February 3, 2012

..:: cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri ::..



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof

●●●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●●●




Thursday, February 2, 2012

..:: siapalah aku... ::..


siapalah aku ini
yang ingin memetik cintamu
siapalah seadanya
diriku disisimu

kau punya segalanya
sedangkan aku insan hina
hidupku penuh dengan kisah duka
antara kita jurangnya berbeza

biarlah
usahlah
bermain dengan api
kelaknya terbakar sendiri

biarkan
tersimpan
segala perasaan
rahsia hatiku terhadapmu
siapalah aku...

**********





BIODATA AMY MASTURA

Nama: Amy Mastura Suhaimi

Tarikh Lahir: 10 Mei 1971

Keluarga: Anak bongsu dua beradik.

Diijab kabulkan dengan Alvin Tham Sufian pada 30 Jun 2000 di kediaman keluarganya di Ipoh, Perak dan

bersanding di Dewan Bandaraya Ipoh pada 1 Julai 2000.

Mempunyai dua cahaya mata Adriana, 7 dan Adalia, 3.

Bertugas sebagai pramugari di MAS selama lima tahun.

Menjuarai pertandingan Asia Bagus yang ketiga pada 1993 di Jepun. Pernah mewakili Malaysia dalam Asian Pop Queen Festival 1994 di Jepun.

Kejayaan:

  1. Meraih anugerah Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1995
  2. Pernah berduet dengan Tommy Page di dalam lagu The Best Part.
  3. Bekas VJ MTV Syok
  4. Pernah menjadi model Shiseido Pureness, Aiwa, Adidas, Omega, Axion Spring Fresh dan Lux.
  5. Merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM14 pada 1999
  6. Pernah berduet dengan Glenn untuk lagu Dengarkanlah.
  7. Memenangi kategori Pop Rock untuk lagu Bintang Hati dalam Juara Lagu 2000.

Album:
Amy Mastura (1994), Pujaanku (1996), Puteri (1997), Puteri Impian II (1998), Bintang Hati (2000), Akan Datang (2002) dan Lebih Baik (2005).

Lakonan:
Kuala Lumpur Universiti (1995), Impian (1996), Tragedi Oktober (1997), Puteri Impian (1997), Puteri Impian 2 (1998), Senario The Movie (2000), Siti Di Alam Fantasi (2000), Toll Gate Girl (2001), Spanar Jaya Gong Xi (2002), Trauma (2004), Bintang Hati (2004), Cinta 3 Musim (2004), Jo Om Balik Raya (2006) dan Cinta Q (2006).







Wednesday, February 1, 2012

..:: kadang2 kita terlupa... ::..


teman...

mungkin kerana kita leka...

sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan "Ooppss" mendahului "Ya Allah"...

bila perut kenyang, "haaa, kenyangnya" mengatasi " Alhamdulillah"...

bila diri terpegun akan keindahan alam, "Subahanallah" tertutup oleh "cantiknya"...

bila dikunjungi berita malang, "kasihannya" terucap kerana kita lupa kepada "Innalillahhiwainnailahirojiunn"...

kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa...

tapi...

ingatlah agar bila Izrail membawa berita,

biarlah ucapan "Lailahailallah" menjadi juara mengatasi segalanya...





Tuesday, January 31, 2012

..:: persahabatan, percintaan, perpisahan... ::

persahabatan...

bermula dengan secebis senyuman...

berputik dengan sebuah persahabatan...

disulami dengan pergaduhan...

berbunga dengan sekelumit cinta...




percintaan...

pada mulanya tidak diduga...

pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih dan sayang...

namun kita merancang...


tuhan yang menentukan...


lalu, terciptanya perpisahan...




perpisahan...

mengajar erti keikhlasan...

mengajar erti prinsip diri...

mengajar erti menghargai...

mengajar erti kelemahan diri...








Monday, January 30, 2012

..:: you.. ::..



my heart has a big space for special people like you...

if i miss to communicate, don't think i have forgotten...

because once i have placed you in my heart...

there you will be staying for us...

take care... my love... (^_^)





Sunday, January 29, 2012

..:: Diet Ala Rasulullah SAW ::..


Salam semua...

kali nie fara nak kongsi sesuatu mengenai diet...
jadi, pada sesiapa yang sedang berdiet tue (macam fara.. ngeeeeeeee), harap2 info yang fara bg nie boleh membantu korang yea...

teruskan membaca... (^_^)

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh asal makan je. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit

antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana beliau pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.




Saturday, January 28, 2012

..:: friends for ever... ::..






mengenalimu melalui sebuah renungan...




mengingatimu melalui satu kenangan...



memahamimu melalui sebuah keikhlasan...


menyayangimu melalui sebuah persahabatan...




p/s : bersyukur kini padamu ilahi teman yang dicari selama ini telah ku temui... (^_^)





Friday, January 27, 2012

..:: Derita... ::..


Pedih rasanya menahan cinta
kepada dia insan ku cinta
kerana dia hatiku terluka
menanggung derita keseorangan

kupujuk jua hati dan jiwa
menahan rasa cinta membara
di dalam diam ku tanggung derita
sakitnya hatiku menahan rasa


selagi upaya ku akan meninggalkanmu
apakan daya ku akan melupakanmu
moga kau bahagia dengan si dia
biarkan diriku menanggung derita

kerana peribadinya aku telah tersiksa
kerna budinya aku telah merana
rinduku padanya tiada terkata
akan ku kenangkan selama-lamanya

sesungguhnya apa yang ku gambarkan
adalah cinta yang telah tiada
kerana dia hidupku derita
aku berdoa takkan berjumpa selama-lamanya....





Thursday, January 26, 2012

..:: Renungkan... ::..

Renungkanlah...

wahai hamba yang lemah!!!!

pada suatu masa yang telah ditetapkan
kita pasti dirisik pertunangan sejak azali
dihujung hidup nanti
barlangsungnya perkahwinan dengan maut
hantarannya sakit dan nazak
tamu bertandang menghadiahkan tangisan
pengantin dimandikan
dipakaikan baju putih
wangian gaharu cendana jadi pelamin
pengantin bersanding sendirian
diarak keliling kampung
kedengaran azan dan kalimah kudus
akad nikahnya bacaan talkin
berwalikan liang lahad

bersaksikan insan-insan
siraman air mawar keluarga terdekat
malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah
dan menuntut janji pernikahan......




hayatilah :-
saat gembira, pujilah ALLAH
saat kesukaran, carilah ALLAH
saat kesunyian, sembah ALLAH
saat kesakitan, yakinlah ALLAH
saat demi saat, terima kasih ALLAH




Wednesday, January 25, 2012

..:: MasterChef Malaysia... ::..

salam semua...

diharap semuanya sihat2 sejahtera hendaknya...

fara harap, fara tak terlambat nak mengucapkan tahniah kepada Ezani Farhana..
korang tau ke sapa Ezani Farhana nie??? kalau korang tak tahu, nilah dia juara MasterChef Malaysia musim pertama...

Dalam pertandingan nie, Ezani (doktor gigi) telah mengalahkan Wahidan (petani).. saingannya dalam MasterChef Malaysia...


nie la ezani Farhana..

Biodata Ezani Masterchef Malaysia

Nama :

Ezani Farhana Binti MD Monoto

Umur:

26 Tahun

Tarikh Lahir :

11 May 1985

Asal:

Kajang

Pekerjaan:

Doktor Pergigian

Hidangan Kegemaran:

Bermacam-macam


Lokasi Percutian Kegemaran:

Pulau dan Pantai


Masakan Kegemaran Untuk Dimasak:

Bermacam-macam


Pencuci Mulut Kegemaran:

Bermacam-macam

(mungkin minat untuk memasak tu mendalam.. so, tak kisah la kalaw kegemaran cik Ezani nie semuanya "bermacam-macam"..)

Ezani sedang beraksi
di dapur MasterChef...

kalau fara masak ape2 jea skarang, msty fara nak tengok jam...
penangan MasterChef agaknya.. mana taw jadi MasterChef musim ke-2 pulak..
**ecece... cik fara.. bukan main lagi dya yea.. (^_^)



Tuesday, January 24, 2012

..:: sedetik lebih... ::..

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu






Monday, January 23, 2012

..:: teman... ::..

teman...

jika ingin berkawan dengan seseorang,
kenalah ikhlaskan hati,
jangan ada rasa dengki dan iri hati,
seandainya kawan anda lebih pandai dari anda...

teman...

kalau ingin berkawan,
jangan ada rasa dendam,
kerana dendam itu mendorong kita,
ke arah yang sesat...




teman...

kalau ingin berkawan,
jangan ada yang menabur fitnah pada kawan,
kerana fitnah itu,
akan memakan diri sendiri...



maka...

setiap insan yang bergelar kawan,
pasti mempunyai kelemahan diri masing-masing...

oleh itu...

kenalah berfikiran terbuka,
dan berbincang seandainya bersalah,

kawan yang baik diwaktu susah,
memang amat sukar dicari...



tapi,

kawan yang baik diwaktu senang,
memang senang sangat nak dicari...

berhati-hatilah dalam memilih kawan...

renung-renungkan dan selamat beramal.... (^_^)




Saturday, January 21, 2012

..:: kita hanya merancang... Allah yang menentukan... ::..

Salam semua...

hari nie fara ada sedikit info yang fara dapat untuk kita kongsi bersama...

sharing is caring.... yea tak... ^_^

korang baca la yea... yang mana2 masih single lagi tue, korang jangan risau yea...



Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'.

Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..



p/s : Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..


sumber : pemaniskata.blogspot



Friday, January 20, 2012

..:: Al-Fatihah untuk arwah Izwan Pilus ::..

Salam semua...

Petang tadi sekitar pukul 6.15..

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi muda Izwan Pilus atau nama sebenarnya KhairilIzwan Pilus...



Petikan dari sinar harian...

SHAH ALAM – Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya, jam 6.15 petang tadi, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah, di sebuah hospital di Ampang.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Kata kata semangat ARIL AF....
kita tak perasan semua ni.. kan?

tweet 2 hari lepas...
aril bagi semangat pada diri dia, untuk berjuang selamatkan abg dia...
kita jea tak tau aril hadapi semua ni.. kita hanya tahu ketika arwah meninggal dunia (hari ini) ...


tweet terakhir arwah Izwan Pilus...


gambar terakhir arwah...

semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan umat islam yang telah pergi mendahuluinya...

semoga "Indah Lelap" mu di sana...

Al-Fatihah...

Sumber : sinar harian & facebook