++ my sweet follower ++

Sunday, March 24, 2013

..:: sedapnya buah mata kucing ::..

kali nie fara nak cerita tentang khasiat salah satu dari buah-buahan kegemaran fara..
jadi fara kongsikan di sini supaya dapat beri manfaat kepada semua...
-setiap buah mata kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah..wow!

-lagi dia kata, buah ni gak mengandungi phenolic terutama pada bijinya, seperti asam gallic, corilagin, dan asam ellagic yang mengandungi antioksidan yang sesuai bagi wanita hamil dan bijinya juga dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular..

- lagi, daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri yang mana ia mengandungi quercitrin dan quercetin, yang memiliki sifat antioksidan dan antivirus, sehingga boleh dimanfaatkan untuk mengubati alergi, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular.

- pada kandungan bijinya juga, mengandungi saponim, tannim, (dah macam nama adik beradik dah) dan lemak (banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat shampoo dan mengatasi keringat yang berlebihan.  Selain itu, bijinya juga banyak digunakan untuk menghentikan pendarahan.)

- oke, bercakap tentang isi buah mata kucing, isinya boleh dijadikan ubat untuk merawat sakit perut di mana dia berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan, mengurangkan suhu badan khususnya ketika demam dan membunuh cacing di dalam perut selain dapat juga dijadikan sebagai penawar racun.  Air daripada isi buah mata kucing yang dikeringkan bertindak sebagai penyegar dan ubat untuk insomnia, kelelahan kronik, perasaan lemah, dan tidak ada nafsu makan.

- Last but not least, buah mata kucing juga dapat menghasilkan tenaga yang baik disamping meningkatkan stamina kerana ia banyak mengandungi sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asam tartaric. Oleh kerana itu, buah ini dikatakan baik untuk ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin, tetapi haruslah diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan :)
Ihsan : pak cik google..



cik fara pesan : kalau dapat buah nie.. mesti makan tak berhenti2.. selagi buah nie tak habis.. huhu.. memang kegemaran betul... salam sayang dari cik fara.. :)

No comments: