++ my sweet follower ++

Saturday, March 16, 2013

..:: niat menuntut ilmu kerana Allah.. ::..


Belajar itu menjadi ibadah jika niatmu itu ikhlas kerana Allah.
Justeru betulkan niatmu terlebih dahulu,tanamkan di dalam hatimu...

'aku menuntut ilmu ini kerana ia perintah Allah dan aku berazam dengan kefahaman  terhadap ilmu ini yang  KAU anugerahkan nanti  akan aku sampaikan kepada orang lain dan akan aku amalkannya dalam hidupku'

Oleh itu anak-anak,apabila niatnya ikhlas kerana Allah maka InsyaAllah,DIA akan permudahkan segala urusanmu ketika belajar bermula dari penerangan guru,memahamkan intipati tajuk yang diajar,menghafal segala fakta dan isi,menyiapkan segala assigmnent yang  diarahkan hinggalah kepada ketika kamu menjawab soalan ujian dan peperiksaan,InsyaAllah!! Allah akan memberikan pertolongan dan bantuanNya kepadamu kerana apa?

Kerana kamu telah dan sedang  berusaha untuk menjadi muslim yang patuh pada perintahNya. Kamu sedang berusaha untuk menjadi pelajar muslim yang cemerlang.Kamu sedang berusaha untuk mengetengahkan dirimu sebaris atau mengatasi bangsa lain dalam menuntut ilmu.Dengan kata lain kamu sedang berusaha untuk menjulang nama Islam di atas mukabumi ini dengan ilmu yang dimiliki.Ingatlah kepada maksud sabda Rasulullah s.a.w tercinta:

Daripada Abu Darda', bahawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ;
''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Dan maksud hadis yang lainnya;

“Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud

sumber : http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com

cik fara pesan : Tiap-tiap perbuatan adalah dinilai menurut tujuan orang yang melakukannya. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh dua orang dengan tujuan yang berlainan, maka berlainan pula nilainya, kerana tujuanlah yang mendorong seseorang melakukan sesuatu perbuatan itu...



No comments: