salam semua....
lagi berapa hari jea kita dah nak smbut raya kan??? so, cik fara nak kongsi satu cerita sedih dengan korang.... cik fara kan kuat nanges.... lepas bace cerita nie pun cik fara dah mengalirkan air mate... hehehehe.... (malunyeeeeeeeeee)
ape ditunggu lagi.... layankan aje cerita cik fara kali nie yea.... n jagan lupe... rajin2kan la meninggalkan komen2.... hehehe..
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku  pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main  sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil  melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti  ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu  Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya..  Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan  pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas  yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai  ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun  dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang  lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.. Raiz menghampiri. Orang itu  terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut!  Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan  malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang  terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik  Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu  Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman  bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim  tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan  Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.  Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan  kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada  masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.
" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda  aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu  menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak.  Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam.  Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh  dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang  pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!  Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku  makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"  Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku  betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz  menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi  belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita.  Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah  aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".. Naim menyorong gelas berisi  teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini  susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau  ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak  maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak  buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye.  Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz  tak sedar hingga pukul berapa.  Ketika matanya terasa berat, Naim  menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz  tertidur.
 "Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan
ahli  keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat  sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah  ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi.. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia,  dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.  Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam  menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz  temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya  terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah  malam tadi.
" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat  sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari  hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita  berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali  duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah  ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan  aku! semoga kau tenang dan aman di sana !
corat coret cik fara : sedih betoiiii.... so, pada u ols... jangan lupakan sahabat uols ok.. dan rajin2lah bertanya khabar.... cik fara sayang kawan2 cik fara... hehehe

No comments:
Post a Comment