++ my sweet follower ++

Tuesday, August 31, 2010

..:: lagenda budak setan the series... at astro prima ::..

salam semua.....

fara minat sngt ngn cte lagenda budak setan....
dlu time movie dya pn sampai 2x fara tengok... huhuhu....

agak terkezut jugak la bila taw yang kat astro prima skrunk ada cte nie.... apa lagi.... sampai x lekang la depan tv setiap ary selasa 10.30mlm...




ayu, kasyah, azmi...


farid kamil sebagai kasyah...

Siri itu bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina Nasir), lalu membuatkan dia jatuh cinta.

Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu terpaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalangan yang teruk.

Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu memulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz).

Suatu hari, Ayu atau Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini.


kasyah dan ayu semasa sama2 belajar di universiti...

Tarikh Siaran: 10 Ogos 2010 (setiap selasa)
Masa: 10.30 pm
Pelakon: Jue Aziz, Maslina Nasir, Farid Kamil, Melissa , Arifah , Nas T dan Ngasriah Ngasri.
TV : ASTRO PRIMA
Episode : 26



2 comments:

lionteen said...

lionteen xtgk lg cite ni...
ktggalan zaman kan..
hehe

♥..:: !'m no+ $!ngL3 ::..♥ said...

ish... x de la... nnty ley lionteen tgk kat youtube... hehehehe