++ my sweet follower ++

Monday, March 2, 2009

+ keNangan s!LaM keMbaL! mEneRpa d!!ngaTaN ++

KUALA LUMPUR, 2 March 2007 - Malang tidak berbau. Itulah yang menimpa seorang remaja lelaki yang tidak menyangka niatnya untuk membuang air kecil di sebalik sebuah pintu yang disangkanya tandas di Berjaya Times Square, Jalan Imbi di sini rupa-rupanya 'lubang maut'. Sebelum kejadian pukul 6.10 petang itu, Jamilman Haris, 19, yang juga merupakan seorang pelajar Institusi Latihan Perindustrian di Ipoh bersama teman wanitanya sedang mencari tandas di tingkat tujuh pusat membeli-belah itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Christopher Chong berkata, remaja tersebut tidak mengetahui pintu itu menghubungkan sebuah lot kedai yang dalam proses dibina dan belum mempunyai lantai. "Siasatan mendapati, ketika kejadian pintu itu tidak berkunci dan mangsa menyangka ia merupakan pintu tandas,'' kata beliau. Menurut beliau, sebaik mangsa menolak pintu tersebut dia terus terjatuh hingga ke tingkat bawah. Mangsa yang belajar dalam jurusan pertukangan itu mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian. Christopher memberitahu, nasib baik teman wanita Jamilman yang menyedari kejadian tersebut, tidak ikut masuk ke pintu yang tidak berlantai itu. "Teman wanita mangsa dikatakan sempat berundur sebaik melihat teman lelakinya terjatuh. "Dia yang panik terus menjerit meminta pertolongan pengunjung di pusat membeli-belah berkenaan sebelum dia pengsan,'' katanya. Difahamkan, tidak jauh dari lokasi itu, terdapat papan tanda menunjukkan arah tandas dan mungkin sebab itu mangsa yang melihat pintu di lorong tersebut terus menolak pintu itu. Tingkat tujuh pusat membeli-belah tersebut turut menempatkan taman temanya dan beberapa buah kedai. Sementara itu, jurucakap polis berkata, kematian mangsa tiada kaitan dengan jenayah dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Teman wanita Jamilman pula semasa ditemui di HKL tidak boleh berkata-kata kerana masih terkejut dan terpaksa duduk di atas kerusi roda.

**pada bdk2 ilp batch 2/2007 , terumatanya bdk2 course Teknologi Komputer (Sistem) msty u all teringat kisah nie...
pejam celik dah setahun berlalu trajedi yang telah meragut nyawa seorang sahabat kita JAMILMAN BIN HARIS....

**semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya... amin.....
Al-fatihah...