Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan
kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika
kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu
kita akan dilempang olehnya.
Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih
kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding
jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata
air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh
isteri.
Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap
kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama
Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000
jam jika tidak membawa kompas.
Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20
Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu
berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan
yang dia adalah seorang Ultraman!.
Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada
otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika
dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang
hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi
kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi
kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca,
Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh
budak-budak sekolah ketika bercinta.