++ my sweet follower ++

Saturday, January 30, 2010

..:: kadang2 kita x perasan ::..


Sesuatu yang mungkin kita tidak perasan atau tidak terfikir langsung….

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kita dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana orang tu ingin menjadi seperti kita.

4. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun orang tu tidak menyukai kita

5. Setiap malam ada seseorang mengingati kita sebelum orang tu tidur.

6. kita amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. kita seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang kita tidak ketahui menyayangi kita.

10. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya kita merasakan yang kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang telah meminggirkan mereka.

12. Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat-laun kita akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan, kita akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang orang tu adalah yang terbaik pernah kita kenali.




2 comments:

Fiq said...

Hm... Dah cakap dah dengan sahabat baik...=)

♥..:: !'m no+ $!ngL3 ::..♥ said...

bagus la 2.....
hehehehe (^_^)