++ my sweet follower ++

Thursday, September 30, 2010

..:: siapa cikgu shida nie??? ::..

salam semua...

fara rasa skrunk nie msty tengah hot pasai cikgu shida kat dalam fb....
iye la... dimana2 pun ada jea org share video lawak yang x berapa nk lawak 2 kat fb...
kadang2 2 kesian gak fara tgk... ada yang duk kutuk... n ada gak yang duk memuji...
tapi, 2 semua adalah hak masing2... mereka sendiri boleh menilai baik buruknya...

dalam dunia IT nie, dunia yang serba canggih cm skrunk nie... mcm2 blh tjd..
nk tonjolkan bakat pun kita boleh...

mcm kes cikgu shida nie, mybe dya tension ke, ape ke.... mula la dya nk wat cm dlm video nie...
kita pun mgkin akan buat mcm 2 klw kita nk kn.....

mula2, fara tgk video cikgu shida -kenapa bah..
engatkan video 2 jea.. rupanya da lagi...

- Cikgu Shida - MIMING Jahat (Stacy)
- Cikgu Shida - MIMING Yank (Wali Band)
- Cikgu Shida - MIMING Waka Waka (Shakira)
- Cikgu Shida - MIMING cek mek molek

lepas nie entah video apa lagi...



sape cikgu shida nie???


Wednesday, September 29, 2010

..:: sehari satu bingkisan ::..


Usah disimpan bara dendam di hati... Kelak ia akan memakan diri sendiri...
Usah disimpan kenangan di hati... kerana ia membawa mati...
Cinta ialah bukan satu permainan... Bila gembira ia membuatkan insan bahagia...
Bila kecewa diri merana... Kerana itulah percaturan hidup...
Yang jujur bahagia menanti... Yang berdusta memakan diri...



Saturday, September 25, 2010

..:: perginya seorang lagi umat nabi muhammad SAW... ::..

salam semua...

dalam kemeriahan menyambut syawal... fara dilejutkan lagi dengan satu berita sedih.. sedih bila fara dapat khabar berita nie dari seorang rakan fara dari ILP dlu....

junior fara masa kat ILP dlu...Nurul Hidayah Binti Najib Bustami.. telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu yang lepas jam 12.25 am...

teringat dulu zaman2 diorang nie jadi junior fara... dulu kami penggil hidayah nie "DINA" sb muka dya ada iras2 penyanyi dan pelakon dina malaysian idol tu... bila dah dapat berita mcm nie.. baru fara teringatkan depa... sesungguhnya... ajal dan maut itu adalah ketentuan tuhan... tiada sesiapa pun yang dapat mengelaknya walaupun sesaat...

semora rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...


nurul hidayah dalam kenangan...
Al-Fatihah..



Saturday, September 18, 2010

..:: nyonya tua dengan lift ::..

salam semua....

ary nie fara nak kongsi satu cite kelakar ngn u ols sume.... (^_^)

pada 1 hari....
seorang nyonya yang 1st time datang KL, lepas kena loteri. dia pun check in di hotel mewah. selepas check in, dia diiringi pelayan ke bilik penginapannya. apabila pelayan menutup pintu, nyonya melihat sekeliling. tiba2..... nyonya menjadi marah lalu berkata....


"SEKIUS MI, LU INGAT WA TUA, MALI DALI KAMPUNG TALA TAU DUDUKHOTEL??? LU KASI INI BILIK KA??? KICIK!!! TADA TB, TADA LEMARI!!! KATIL TITUN PUN TADA!!! HAIYA, MAU TIPU OLANG KA???!!!"

pelayan itu pun menjawab....

"SABAR NYONYA......., INI BARU
LIFT MA....."


creadit untuk : mr. sweet pumkin




Thursday, September 16, 2010

..:: sahabat adalah segalanya ::..

salam semua...

setelah seharian fara di ipoh.... kini terasa la penatnya,,,, huhu... kaki lenguh2... mybe sbab pkai ksut tumit tinggi kot..... tapi.... berbaloi2... hehehe..


thanks a lottttt.... 4 "him"... yang telah bnyk membntu menceriakan ary2 fara....
sesungguhnya... sahabat adalah segala2nya..... sahabat sahaja yang akan sudi berada di dalam suka dan duka....

dya telah bnyak menasihati fara supaya melupakan perkara2 yang lalu...
teruskan hidup....

katanya.... fara kawan yang special... tp fara rasa diri fara cuma manusia biasa... tiada apa2 keistimewaan pn.....

dya suruh fara tinggalkan kesedihan fara.... lupakan segalanya...... tapi fara x boleh janjy.... fara akan cuba sedaya upaya.......

insya'Allah....




Wednesday, September 15, 2010

..:: tragedi 2 syawal ::..

salam semua...

dalam kemeriahan kita menyambut aidilfitri, terjadi sebuah kebakaran yang telah melenyapkan sebuah rumah di Pekan Malim Nawar, Perak...

agak trajis jugaklah kerana tuan rumahnya tiada... sedang bercuti di kampungnya, di Negeri Sembilan...


api sedang marak menjilat rumah mangsa....


orang ramai berpusu2 datang melihat tempat kejadian...


akhirnya.... tiada apa yang dapat diselamatkan....
time fara datang tengok tempat niea pn... sumenya dah hangus terbakar...

agaknyer, msty terkejut tuan rumah 2 sebab balik2 jea rumah dah x de... hangus terbakar....

kreadit untuk : facebook Muhaimim Sudin



..:: kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ::..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini ...tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥







Tuesday, September 14, 2010

..:: dya yang bernama "L" ::..

salam semua...

raye.. raye... raye....

telahpun masuk raya kelima semasa entry ini ditulis....
penat la... tapi berbaloi2...!!! hehehe... dah beso panjang pun still dapat wet raye lagi....
suke2... hahahaha..

teringat dulu2 time kecik... satu kampung kutip wet raye... ngan geng2 kampung... expecially... liza... my best fren kat kapung jelutong 2.... sampai sekarang kami still contact...


curik kat FB liza... hehehe..

n hari ini pulak... ary jadi my best fren kat ILP dlu..... lin....


nie pun sama... dari FB lin...

selamat menyambut hari ulangtahun kelahiranmu.... semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat... Insya'Allah...



Wednesday, September 8, 2010

..:: empat jiwa... ::..


hilangnya cintamu...
menusuk hatiku...
hinggaku memilih...
cinta yang fana...



Tuesday, September 7, 2010

..:: bila cinta ::..

salam semua.....

kali nie, cik fara mau hupdet satu mende... hehehe... (agak keterlaluan menggunakan singkatan perkataan....) setiap kali cik fara dengar lagu nie.... msty cik fara nanges!!! nanges!!! dan nanges!!!!
huhuhu.... agak tidak berapa cik fara suka membazirkan air mata... tetapi... disebab lagu nie.... mengalir jugaklah air mata cik fara.... huhuhu... (ade aku kesah!!!!)

so, untuk memendekkan cerita.... tadi... tangan nie gatai sungguh nk bukak chanell astro prima... kebetulan terkeluar lah pulak lagu ni....

so, ape lagi....... bergenang2 la air mata cik fara...... entah la... mybe teringatkan seseorang..... huhuhu.... (kali terakhir fara melihat dya adalah semasa menonton cerita ini di panggung wayang jaya jusco.....)

di mana kah dia mr. right saya...... hurmm.......

........................

sudah2 lah tue cik fara.... sejak menjenguk belog cik eja... cik fara asyik nak mengarots jea....
berjangkitkah????

layankan aje lagu nie okeyh!!!!..


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

corat coret cik fara : ...... aku tak pernah berhenti cintakan ayu.... ~kasyah....
so sweet.... cam gule2... ade ke orang nk wat kat cik fara cm 2....??? huhuhu






Monday, September 6, 2010

..:: kisah setia seorang sahabat di malam raya ::..

salam semua....

lagi berapa hari jea kita dah nak smbut raya kan??? so, cik fara nak kongsi satu cerita sedih dengan korang.... cik fara kan kuat nanges.... lepas bace cerita nie pun cik fara dah mengalirkan air mate... hehehehe.... (malunyeeeeeeeeee)

ape ditunggu lagi.... layankan aje cerita cik fara kali nie yea.... n jagan lupe... rajin2kan la meninggalkan komen2.... hehehe..

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz . Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

" Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!".. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.


"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi.. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !



corat coret cik fara : sedih betoiiii.... so, pada u ols... jangan lupakan sahabat uols ok.. dan rajin2lah bertanya khabar.... cik fara sayang kawan2 cik fara... hehehe

..:: iklan raya TV3... ::..

salam semua....

bukak jea blog pagi td, sibuk semua orang mengatakan tentang iklan raya TV3 yang kononnya berunsur penghinaan terhadap islam....

astarfirullah.....

dan td... cik fara menemui ini

** Agenda Tersirat Iklan Promo Raya TV3

** Terdapat Unsur Penghinaan Islam Dalam Iklan Raya TV3?


di blog AgendaBangsa.com dan Syed's Blog....



-----------------------------------------

Iklan Raya: TV3 mohon maaf

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.

''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.

"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.


corat coret cik fara : teliti betul2 sebelum memulakan sesuatu perkara...



Sunday, September 5, 2010

..:: mentua benci menantu ::..

salam semua...

cik fara nak berkongsi cerita nie.... jadikan pengajaran yea...

Suzana dan razman adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

........ ......... ....


Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua si Razman tu... huhu




..:: bukti ::..

salam semua....

betulke batman nie anak kepada superman???

pelik???
,
,
,
,
,
,

anda tidak percaya????

,
,
,
,
,
,
,
,
,

fara pun x percaya.....
tapi, setelah fara menemui bukti yang kukuh mengenai perkara nie...
nak tak nk, kita kena percaya jugak.....

nak tengok bukti???
,
,
,
,
,
,
,
,

ni ha......


u all percaya x???

hehehehe,..... (^_^)



Saturday, September 4, 2010

..:: benci ku sangka sayang ::..

masih membasah luka
yang dulu pernah kau cipta
kau sayat kembali
diatas derita lama

tak penah menjadi impian
dan hitam bukanlah harapan
mengering airmata mengenang percintaan
yang kini tinggal igauan

masih segar diingatan
kenangan kita masih bersama
cinta yang telah berlalu
ku simpan jadi sejarah

biarlah ku jalani lara
biarkanlah kan ku telan duka
semoga kau mengerti
tak pernah ku restui pemergian dirimu
sungguh menyayat hati

benar kata pujangga
selasih ku sangka mayang
bayang-bayang ku sangkakan daun sehelai

orang benci ku sangka sayang
namun diri tak merasa
tetapi apakan daya

kenangkanlah aku sayang
rinduilah aku dalam ingatanmu
yang telah tinggalkan ku selama ini
jauh mengejar mimpi yang tiada pasti

biar hujan datang berkurun
takkan tawar rasa lautan cinta
ku khayalkan kasihmu mengekalkan rasa
kiranya gerimis menawarkan lautan






..:: saat ini.... ::..

salam semua...

saat ini....
mata ingin terpejam... mengenang detik2 indah bersama2...

saat ini....
hati bagai dipanggil2.. untuk berkongsi cerita seperti dulu...

saat ini...
memandang pemberian... yang kini hanya direnung dengan titisan air mata...


saat ini....
hidup bagai tiada ertinya lagi.... apabila awak tiada di sisi...

berbezanya hidup saya sekarang tanpa awak....
setelah awak tinggalkan saya.... saya hanya mampu mengharap awak kembali...
semoga tuhan bukakan pintu hati awak untuk saya...


Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,
tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah,
ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku,
yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membina diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku,
yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia

Di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan ku mohon segala


amin ya rabbal alamin....




..:: eskrem free ::..

salam semua...

siapa nak eskrem free??? angkat tangan.... hehehehe...
jadilah adik kepada farawahida sahbudin yea... huhuhu
bulan2 puasa nie... kalaw dapat eskrem.. mmg best!!!!

setelah dya berjanji akan memebelikan cik fara eskrem, maka tertunailah janjinya pd cik fara 2 hari yang lepas (baru nak cte kat cnie... hehehe )... dah lame cik fara x mam eskrem free cmnie... "connetto drumstik" lagi 2....

sbnarnya cik fara mintak connetto share ur love... tp dah nie yang dya bagi... jadi cik fara terima jea la... rezeki jangan ditolak iye x... huhuhu




Friday, September 3, 2010

..:: first time join contest... lalalala... ::..

salam semua....

actually, dah lame cikfara terasa cm nak join contest... ape2 contest la.... n then, tetiba cik fara bkak blog td.... cik eja kite, dah tag cik fara untuk join satu contest nie....

CANDID CAMERA CONTEST

contest nie telah di reka oleh RED GIANT & RED DEVILS..

klw u ols nak taw ape syarat2 yang perlu u ols patuhi untuk mengikuti contest ini, u ols kenelah rajin2kan dri untuk jenguk blog RED GIANT & RED DEVILS..

klw uols mmg dah malas tahap gaban... just clik jea { sini }

cik fara dah linkkan blog tersebut...




dan ini adalah gambar yang cik fara nak pertaruhkan dalam contest ini...

gambar nie di snap oleh cik lin kite.... waktu cik fara belajar kat ILP dlu...
(so sweet bila teringat balik kenangan yang lalu.... ^_^ )

nak tag contest nie kat :
jeng, jeng, jeng....!!!!
nie dya insan2 yang terpilih....

izyan
zBz
lionteen
yuota

siap sudah!!!!!!



..:: kad raya first.. minda bebas yang bagi, yuhuuuuuuu.... ::..

salam semua....


thanks pada mizi kerana telah memberi kad raya nie untuk cik fara...

semoga teruskan usaha anda untuk berblogger... hehehe...





..:: syurgamu ramadan ::..

salam semua.....

mengalir juga air mata fara bila menonton drama nie... huhu... banyak episod yang terlepas.. tp, thanks pada catch up TV3 yang memberi fara peluang untuk menonton episod2 yang tertinggal.. huhuhu...

banyak pengajaran yang boleh u all dapat dari cerita nie antaranya "part" budi mengejut angah dari bangun untuk menunaikan solat subuh... angah dengan tidak sengaja menengking ayahnya..... (time nie pn fara da menangis.. huhuhu)


4 orang anak2 marlia dengan budi.....


selama 17 tahun dua beranak ini tidak bertemu
sehinggalah marlia meninggal dunia bersama budi...


yassin bersama isterinya yang agak2 poyossss......
zarina berjaya membawa watak sehinggakan ramai
yang tidak menyukai watak yang dibawa.. termasuklah fara... huhuhu

semoga keluarga ini bersatu kembali....

dah nama ceritanya pun "syurgamu ramadan" kan???

note : x sabar nk tgk endingnya........ datuk halimatun 2 terima x cucu2nya???