++ my sweet follower ++

Sunday, July 31, 2011

..:: Bulan Ramadhan Bulan Barakah... ::..


Ya Allah...
berkatilahi kami di bulan Rejab dan Syaa'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan...

Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan, dan jangan jadikan puasa kami hanya sekedar lapar dan dahaga...

setahun sudah berlalu, dan begitu banyak dosa-dosa yang telah dilakukan...

ramadhan yaa ramadhan ..
Siang hari menahan dahaga,
sebagai bukti cinta padaNya
Malam hari tarawih dijaga,
karana ingin jadi kekasihNya
Siapa yang tak akan gembira,
berkesempatan besar dekat denganNya
Selamat berpuasa Semoga kita dilimpahi cintaNya...

amin...

Sebentar lagi Bulan Suci Ramadhan 1432 mendatangi kita, di mana setiap umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah SWT, kitabNya, rasulNya dan hari akhir akan di tempatkan selama sebulan penuh, berpuasa menahan lapar dan haus juga menjauhi/menghindari segala larangan dan apa jua yang dapat mengurangi nilai puasa dan taati pula amalkan perintahNya agar kita semua menjadi orang yang bertakwa...



Friday, July 29, 2011

..:: DON'T ALWAYS SLEEP LATE ! ::..

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
amboi... nyenyaknyer tido....

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
Tidak buang air kecil di pagi hari.
Terlalu banyak makan.
Tidak mengambil sarapan.
Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.


Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.


Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat..



Translated from the Original Article "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !",




Thursday, July 28, 2011

..:: idaman saya::..

Salam semua...

duit loan yang 5 bulan dinanty akhirnya masuk juga....
huhu..



Wow!!!! banyaknyer duit...

mmg best, tp kna byar macam2 la pulak...
hurm...



teringin giler nak pakai hanset Sony Ericsson Hazel...
mmbr fara br jea beli..
best gak tgk funtionnyer...

sabar2...
mybe next loan sebelum fara menamatkan Diploma kat Ipoh nie..
Insya'Allah.. ada la sebijik kat tangan 2.. :)

pernah sekali jea pakai hanset jenama Sony nie... 2 pun tahun 2009..
x silap Son walkman 380i..




nie la hanset sony walkman 308i tue...


2 pun dah ada kat tangan abg fara...
malas nak pakai sebab bnyak problem..
mula2 suruh abg fara tolong repair..
last2 dya pulak nak gna enset 2,,
dya pun bg la enset nokia slide 5300 kat fara..



sampai la sekarang gna enset 2..



sony Xperia pun boleh tahan jugak...




Sony Xperia idaman sayeeee....
(!_!) huhuhu

gile... gile....

naik sewel bila fikirkan hanset2 nie...



Wednesday, July 27, 2011

..:: macaron... ::..

salam semua...

teringin la nak buat macaroon...

nak taw x sebab pe fara jd teringin sangat2 nak buat macaron nie???

warna dia yang berbagai2 tue... akan buat sesiapa yang tengok akan tertarik la.... seterusnya terpikat dan terlekat... hehehehe

meh cuci mata tengok rupa macaron nie...

fara rasa korang pun msty terujaaaaaAAA... (^_^)



cute x macaron nie.... (^_^)


tp yang selalu fara tgk kat GOOGLE, diorang selalu wat macaron jenis yang nie...


wow!!!!

teruja kan... kan...
hehehe

harap dapat buat untuk hantaran or bunga telur untuk fara kawen nanty....
Oppsss!!! terlebih sudah....
(berangan jea lebih cik fara nie.... ngeeeeeeeeee)




..:: Ramadhan Terakhir... ::..

Salam semua...

agak lama jugak fara x menaip dalam blog nie... bnyak sngt rasanya yang fara nak ceritakan,..
td baru jea tgk cite "Ramadhan Terakhir" slot Samarinda Istimewa Ramadhan... engat lagi, tahun lepas diorang tayangkan cite "Syurgamu Ramadhan"... kalaw balik kampung, ske tengok cite nie dengan arwah mak dan halimi (adik yang bongsu...)

x lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...
Seronok kan... bulan yang dinanti seluruh umat islam akan tiba berapa hari jea lagi...

tapi,
tahun nie x mungkin akan semeriah dahulu untuk kehidupan fara sekeluarga...

* kami x mungkin merasa lagi air tangan masakan arwah mak....

* kami x mungkin lagi merasai seronoknya membuat kuih raya terutamanya "Almond London" kegemaran adik fara yang bongsu, bersama arwah mak... (walaupun tugas fara hanya mencairkan coklat dan menabur coklat rice...

td baru jea fara chat dengan sorang kawan lama fara kat facebook..

frend ** fara, aku balik kg raya nie...
fara ** jangan lupa datang rumah fara yea...
frend ** Insya'Allah.. teringin nak makan laksa la kat rumah fara 2...

hari raya memang sesiapa yang datang rumah kami x sah kalaw x makan laksa buatan arwah mak fara...

tp tahun nie????

**********

tak sangka Ramadhan yang lepas adalah Ramadhan terakhir untuk fara sekeluarga bersama arwah mak...

teringat lagi masa cium tangan arwah mak masa raya yang lepas... arwah mak mengalirkan air mata... x seperti yang lalu....

tahun nie x dapat dah cium tangan arwah mak...





semoga roh mak tenang di alam Barzakh bersama orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat oleh Allah SWT....

Al-Fatihah....