++ my sweet follower ++

Tuesday, June 30, 2009

..:: sambut sesama diorang ::..

birthday ak sama tarikh ngan 2 owang nie.....
ak taw yang x wujud nie masa ak sek rendah..... time 2 dk minat sngat ngan sailormoon nie.....
smpai sanggup baca komik dya dr vol 1-25...... (sanggup 2... hehehe..) ..........




sailormoon


dan pelumba F1.. Nick Lars Heidfeld @ nick heidfeld...
memandu BMW Sauber...

nick heidfeld nie lak ak kenal masa ak sekolah menengah.....
member ak yang minat gla2 ngan F1 nie la yang bgtaw ak....
klw x ak x taw pn.... huhuhuhu....

note:
satu x wujud...... satu lagi wujud...... hehehehe ^_^

..:: 20 tahun sudah ::..


malam td........
tepat pkl 12.00 (waktu tempatan) genap sudah umurku 20 tahun.......
mcm2 kisah suka dan duka telah ak lalui dalam tempoh 20 tahun nie......
trima kasih pada Allah swt kerana telah mengizinkan ak terus hidup di muka bumi nie...
huk3x..... (sedih skejap)

ok.... disebabkan rnie adalah ary jadi ak, so ak x mau la sedey lama2.....
kta msty happy...... (bak kata nora danish, hidup mesty enjoy)... ^_^

sbnarnya mlam td ak tggu sape la yg first wish bfday ak....
sungguh ku terharu..... kerana ada seseorang yang sanggup menelefon ak dr pkl 11.20mlm semata2 mahu mengucapkan "selamat hari lahir" pada ak.....
dya mahu menjadi owg yang pertama wish bfday kat ak.... siap nak nyanyi lagu lagi...
hehehe.... beshnyer..... ^_^

dan sebenarnya ak menunggu msg dari seseorg juga.............
ingatkah dya pada hari lahirku??????? hurm.......

tapi..... akhirnya msg bfday dari si dya yang ak tunggu2 sampai tepat pada pkl 12.02mlm....
(engat jgk dya kat bfday ak lagi........ hehehe.....)
ak x mau lagi mengharap pada si dya..... smoga dya bahagia di tmpat baru..... klw dya berubah pn satu ary nnty, ak redha........ mgkin ak sowg jea yg mengharap....

**burung punai burung merbak... singgah turun buar sarang... anak sungai pun berubah... ini pula hati orang... mengapa dikenang....

note:
dah 20 tahun umur ak.....
dah boleh kawen dah...... hehehehe... (gatai sungguh anak cikgu nie...)


Wednesday, June 24, 2009

..:: sekali seumur hidup ::..

12 jam 34 minit 56 saat pada 7hb ogos pada tahun nie......

masa dan tarikh akan menjadi.........

12:34:56 07/08/09

1 2 3 4 5 6 7 8 9

dan ia takkan berlaku lagi seumur hidup anda!!!!!

note:
tengah dk2 ketandusan idea..........
terfikir lak mende nie.... so, akhirnya dijadikan entry...... ^_^


Tuesday, June 23, 2009

..:: pernahkah situasi ini terjadi kepada anda ::..

warkah buat sahabat..............

Sahabat,
Sebenarnya dalam diam aku menyanjungimu. Semangat, nasihat dan pesananmu tetap tersemat di hati. Surat dan segala pemberianmu menjadi khazanah berharga buatku. Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di kolej, aku dapat melihat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita-cita dan menegakkan syiar Islam.

Terima kasih di atas doronganmu untuk aku berada di jalan yang benar selama kita menjadi sahabat. Hari-hari yang pernah kulalui bersamamu tanpaku sedari timbul satu perasaan yang tidak mampu aku hindari. Setiap detik bersama menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidk pasti adakah kau juga berperasaan sedemikian. Namun jauh di sudut hatiku mengatakan gelodak jiwamu sama sepertiku.

Namun aku mengerti mimpiku tidak mungkin menjadi kenyataan kerana antara kita dipisahkan oleh sebuah tembok yang cukup tebal. Kau yang menjadi idaman ramai pasti dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Sesungguhnya aku amat mengerti dan reda dengan ketentuan ini. Sikit pun aku tidak menyesali fitrah diri.

Sahabat,
Percayalah walaupun kau tiada di sisi, jiwa dan semangatku akan sentiasa bersamaku dan untuk kali terakhir, izinkan aku menyebut kalimah yang tak mampu kuluahkan dihadapanmu selama ini….Aku cinta padamu…..

Sahabatmu.

note:
sahabat vs kekasih.....
sahabat tetap sahabat......
kekasih tetap kekasih....
tiada apa yang berubah......

..:: putus dengan cara yang baik ::..

bagi yang sedang bercinta, elok la ikut tips apa yang ak nk berikan nie...
bkannya ak soh u all pts plak..... if klaw perhubungan u all ditahap yang membimbangkan la, k...

Sememangnya bukan mudah bagi seseorang meluahkan hasrat perhubungan yang sudah sekian lama terpendam, apatah lagi sekiranya ingin memutuskannya.


TANYA diri sendiri, inikah perhubungan yang kamu inginkan selama ini? Adakah si dia menerima kamu dengan seikhlas hatinya? Adakah kamu berdua dapat menyelesaikan konflik bersama? Adakah hubungan kamu selama ini berjalan dengan baik? Bagaimana komunikasi antara kamu berdua?

Sekiranya keseluruhan jawapan yang diberikan adalah ‘tidak’, sudah tiba masanya untuk kamu berundur atau dalam erti kata lain, lebih baik kamu memutuskan saja tali perhubungan dengannya.

Mungkin ada yang berkata perpisahan itu amat menggembirakan tetapi hakikatnya, ia terlalu memeritkan sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan hati dan perasaan.

Harus diingat, kekecewaan dalam bercinta tidak akan berterusan sekiranya kamu bijak menurut kata hati dan bukannya perasaan. Jangan sesekali menyesal dengan pengucapan yang belum dijelaskan atau sudah dilafazkan.

Sekiranya kamu tidak sanggup lagi meneruskan perhubungan ekoran sikap atau kurang persefahaman di antara kamu berdua dan tidak tahu bagaimana ingin memulakan perpisahan, ikuti beberapa tip di bawah ini.

Tip ini diberi agar kamu tenang melafazkan perpisahan dengan baik, tanpa berlakunya sebarang persengketaan.

Pertimbangkan masa dan keadaanSejak kebelakangan ini, kamu merasakan begitu sukar untuk meluangkan masa atau mencipta sesuatu keadaan dengan pasangan sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

Adakalanya kamu terpaksa mencipta satu masa yang emosional. Ia adalah perkara penting dan merupakan jalan terbaik untuk kamu memulakan perbincangan.

Kamu juga tidak harus mengelakkan berjumpa dengan si dia, takut nanti kamu pula yang akan ditimpa musibah. Ikuti langkah di bawah ini.

*Tidak salah untuk kamu meluahkan hasrat yang terpendam selama ini, tetapi sikap memahami keadaan yang berlaku ketika ini haruslah diambil kira. Jangan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri tanpa menyedari apa yang dirasai si dia ketika itu. Contohnya, jangan sampaikan niat kamu itu di saat si dia baru saja berhadapan dengan masalah peribadi atau kerja.

*Had perbualan kamu berdua di telefon sebelum memutuskan pertemuan yang terakhir. Jangan sesekali memberikan sebarang maklumat yang menyatakan kamu bersedia berjumpa dan meminta kata putus.

Buat keputusan terbaik atau tepat Biarpun ini adalah perkara yang berat untuk dikatakan, terutama apabila kamu terlalu rapat dengannya atau menyintainya, kamu perlu bijak membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan.

Kamu perlu membuat kesimpulan dalam hal berkaitan percintaan ini. Segala keputusan terletak di tangan kamu. Contohnya, kamu seharusnya memikirkan perbezaan persefahaman atau ketidakserasian yang melanda diri kamu.

Tiada seorang wanita pun yang ingin mendengar cintanya diputuskan dek angkara dirinya kurang menarik atau kamu sedang tergila-gilakan sahabatnya.

Kamu seharusnya melakukan keputusan yang positif untuk diri sendiri dan bukannya disebabkan faktor orang ketiga atau sebaliknya. Untuk membantu kamu mencipta keputusan yang terbaik, cuba senaraikan alasan munasabah sebelum kamu berterus-terang dengannya secara matang.

Bicara di antara kamuWalaupun tujuan kamu ini dianggap baik, jangan sampai diketahui umum. Dengan kata lain, cara penyampaian kamu itu seharusnya dilakukan secara peribadi, bukannya di khalayak ramai.

Ini kerana, segala tindakan yang kamu lakukan itu boleh membuatkan dirinya berasa tercabar dan menambahkan lagi keegoannya. Pilihlah tempat yang privasi untuk kamu meluahkan keputusan itu.

Tidak dinafikan, begitu sukar bagi seseorang meluahkan hasrat untuk memutuskan perhubungan yang telah sekian lama dijalin. Oleh itu, kamu juga boleh menyampaikan hasrat ini secara bukan lisan iaitu menerusi surat, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel.

Harus diingat bahawa jangan sampaikan kata putus itu tanpa dia sedari atau di belakangnya. Lebih baik, berterus-terang secara langsung.

Profesional dengan pengucapan Kamu sudah memikirkan untuk memutuskan hubungan dengannya sebelum ini, tetapi segala keputusan yang dinyatakan itu membuatkan si dia berasa bersalah. Ketika itu, kamu seharusnya bijak mengatur langkah dan keadaan sekiranya si dia terkejut dengan keputusan yang kamu lakukan.

Untuk mengelakkan perkara ini berterusan, jangan hubungi si dia sebelum kamu berjumpa dengannya untuk memutuskan perhubungan. Ini akan menyebabkan berlakunya reaksi yang di luar jangkaan.

Fahami personaliti pasangan kamu, sebelum memberi kata putus. Walaupun kesedihan si dia boleh dilihat pada wajahnya, kamu harus bersikap profesional dengan apa yang akan diucapkan.

Jangan mengakhiri perhubungan dengan perbuatan di luar jangkaan seperti bergaduh atau memukul.

Ikuti tip bagaimana untuk menyampaikan mesej secara berkesan:

*Kamu haruslah memahami keadaan si dia ketika itu, walaupun dia memperlihatkan reaksi yang kurang menyakinkan kamu untuk melafazkannya.

*Ucap kata maaf sebaik sahaja kamu menyampaikan keputusan itu kepadanya.

*Lakukan persiapan bagi setiap persoalan dan alasan yang hendak dijelaskan. Perhatikan semula alasan yang disenaraikan sebelum kamu menjelaskan kepadanya.

*Cuba elakkan bahasa tubuh ketika berbicara dengannya.

*Yakin dengan diri sendiri. Jangan sesekali berasa diri gagal untuk menyatakan keputusan.

Pelihara hubungan berdua Ini adalah keputusan yang berat untuk kamu lakukan. Jangan sesekali menjauhi si dia sebaik sahaja kamu memutuskan perhubungan. Pelihara hubungan, biarpun tiada lagi ikatan cinta di antara kamu berdua.

Tidak perlu menelefonnya pada setiap minggu. Tetapi sudah cukup untuk menanyakan khabar pada hari jadinya.

Jangan mengatakan:

*”Mungkin suatu hari, kita akan diketemukan kembali.”

*”Sebahagian diri saya hanyalah menyintai dirimu.”

*”Saya tidak dapat menyintai orang lain selain dirimu.”

*”Okey, berikan saya waktu untuk menerima kamu semula.”

note:
ak bkan la pandai sngat bab2 bercinta nie...... ak pn x la tgh bercinta skrang nie.... (single n available la katakan........hehehe... ^_^ tp bla ak ada cket2 ilmu nie, nak la jgk ak kongsi ngn u all... sumber nie ak dpt di.......
http://www.lovesagame.com

Monday, June 22, 2009

..:: hati seorang wanita ::..

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

note:
sumber... isuhangat.blogspot.com

..:: tahukah anda ::..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

kekekeke!!! OK dah pegi buat keja.......

note:
sumber... isuharian.blogspot.com

Sunday, June 21, 2009

..:: doa buat sahabat ::..

"wahai Maha Pengasih,
jika sahabatku jatuh cinta...
benihkanlah cintanya pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu...
agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu...

wahai Maha Penyayang,
jika sahabatku jatuh hati...
izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut padaMu...
agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah...

wahai Maha Pengasih,
jika sahabatku rindu...
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

wahai Maha Penyayang,
jika sahabatku rindu...
jagalah rindunya padaMu...
agar dia tidak lalai dari merindui syurgaMu..."

note:
doa nie sesuai untuk diberikan pada sahabat2 anda.....
klw nk bagi kat awekz/balakz pn x pe.....
just tukarkan sahabat 2 pada kekasih...
yang penting, kita tak lupa padaNya.....
x salah kan kita berdakwah di dalam msg..... ^_^
**4 april 2008 16:55:33
someone telah memberiku msg ini.......
ak x pasti sama ada dya hnya menganggapku sahabat atau sebaliknya.....
hanya tuhan yang tahu....

Friday, June 19, 2009

..:: tetibe jer teringat benda nie ::..

dlu time ak still blajar...
ada someone bg kat ak msg nie....
smpai skrunk ak smpan...

ak just nk kongsi la ngan u all..
sme2 la kte cari maksud di sebalik msg nie ye...

Jika kamu memancing ikan..

Setelah ikan itu terlekat di mata kail

Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..

Janganlah sesekali kamu…

Lepaskan ia semula kedalam air begitu saja..

Kerana ia akan sakit..

Oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu

Dan mungkin akan menderita

Selagi ia masih hidup..

Begitulah juga..

Setelah kamu memberi..

Banyak pengharapan kepada seseorang

Setelah dia mula menyayangimu,

Hendaklah kamu menjaga hatinya…

Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu saja..

Kerana…

Dia akan terluka oleh kenangan bersamamu

Dan mungkin tidak akan melupakan segalanya…

Selagi dia mengingatimu…

so, bla ak baca2 balik msg nie....
ak rasa bersalah... dlu ak pernah menolak cinta si dia....
long2 time ago, ak mmg berkawan rapat dgnnya...
x terpikir lak yng dya ada aty kat ak.... emm....
skrunk da trlmbat.... we all still contact mcm dlu...
tp..... kisah kami mcm tergantung.......
smpai skrunk dya x mo ctekan perasaan dya yang sbnarnya pd ak....
entah la...... ak tertanya2 jgk... nk taw apa kesudahan kisah kami nie......
erm.... bnyak sngat kenangan ak ngn dya.....
klw ak nk ctepn mybe smpai bla2 pn x hbs........


r2 time ak syok2 lepak2 kat satu blog nih...... ak terjmpa msg yang sama......
tp ada smbungannya......
nie dya ak nk kongsi ngan u all......

Jika kamu menadah air..

Biarlah berpada-pada..

Janganlah terlalu mengharap pada takungannya

Dan janganlah mengganggap ia begitu teguh..

Cukuplah sekadar keperluanmu..

Kerana…

Apabila sekali ia retak..

Tentu sukar kamu menampalnya semula..

Akhirnya.. ia akan dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba membaikinya

Mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang…

Terimalah dia seadanya..

Janganlah kamu terlalu mengaguminya..

Dan janganlah kamu mengganggap dia terlalu istimewa..

Anggaplah dia manusia biasa..!

Kerana…

Apabila sekali dia melakukan kesilapan kelak..

Bukan mudah untuk kamu menerimanya

Akhirnya kamu tinggalkan dia..

Sedangkan jika kamu memaafkannya..

Boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik.


note:
tentang ak dan dya.....**tinggal kenangan**
tetibe lak dgar lagu sejarah mungkin berulang........ huk3x....
dya ada ckap kat ak dulu.......
bebila next entry t ak cite k....

..:: mengapa dirindu ::..

smalam ak tgk la konsert af6 minggu ke4 kat astro ria...
(cz dlu time blajar kat ilp ak x smpat tgk)

tgk punya tengok, x da sorng pn peserta yang btl2 hebat.....
tbe gliran nadia, br la ada semangat cket nak tgk....
best gak dya nyanyi.... suaranya besar.....
time 2 dya nyanyi lagu lama....
"mengapa dirindu" nyanyian saloma....
kat cnie ak nak kongsi la ngan u all....
so layan jer la video nie ek....



Lirik:: Saloma - Mengapa Dirindu
video:: http://www.youtube.com/watch?v=rl7MJh5-Uro

Anak punai anak merbak,
Terbang turun buat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Ini pula hati orang, mengapa di kenang...

Asal kapas jadi benang,
Dari benang dibuat baju,
Barang lepas jangan kenang,
Dah jadi org baru, mengapa di rindu...

Kasih yang dulu,
Tinggal dalam mimpi,
Kasih yang baru,
Simpan di hati...

Kasih yang dulu,
Tinggal dalam mimpi,
Kasih yang baru,
Simpan di hati...

Selat teduh lautan tenang,
Banyak labuh perahu Acheh,
Jangan kesal jangan kenang,
Walau hati rasa pedih, mengapa bersedih...


Kalau pinang masih muda,
Rasanya kelat sudahlah pasti,
Kalau hilang kasih lama,
Cari lain untuk ganti, mengapa dinanti...

Patahkan tumbuh
Hilang berganti,
Luka akan sembuh
Kalau diubati...

Patahkan tumbuh
Hilang berganti,
Luka akan sembuh
Kalau diubati...

Sayang mengapa dirindu

note:
lagu nie cm de kena mengena jea dengan kisah cinta ak dulu.... hu3x....
sbb 2 ak carik gak lirik lagu nie.... bla bca 2,3 kali, mmg sah.... kisah ak ngan @#$%#.....
**usah di kenang la fara....** leen slalu ckap cmne... hehehe rindw la kat ang....
smoga bahagia ngan seman yea..... ^_^

Thursday, June 18, 2009

..:: kisah seribu burung kertas ::..

Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.

Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu Boy, "Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !"

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun… Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman- teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !

Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.

Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, "Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. "

Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

"Hatiku tidak pernah menyesal, Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas, 1000 ketulusan hatiku, Berterbangan di dalam angin Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit, Melewati sungai perak, Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali? Aku tidak takut berapa pun jauhnya, Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali…

Wednesday, June 17, 2009

..:: executive muda, budak kecil dan seketul batu ::..

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .


Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Tuesday, June 16, 2009

..:: Marriage Life Before and After !! ::..

Before marriage.
Darling here.. Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . Up to you .

Before wedding
You are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak

Send instant messages to your online friends who need a good
Laugh...................... ESP if they are married......... !!!



THE END.....

..:: lipan oh lipan ::..

mungkin dah takdir......

malam semalam, masa ak nyenyak tdo...........
lbh kurang dalam pkl 3, ak terjaga....... tangan kanan ak rasa sakit sngat...... mle2 ak engat kena ggt nyamuk....ak pn wat derk jea la.... ak sambung la tdo blik.... tp lama2 sakit tue semakin kuat...... langsung ak x leh tdo........
pe lagi, ak pn bkak la lampu..... ak belek2 la tangan ak......
tengok2 cm ada bekas gigitan.....

sah!!!
nie msty lipan yang ggt...... ak pn trs la kjut mak ak........
last2, riuh satu umah........ suma bngun... nk tlg mencari lipan tu....
kakak ak yang mamai2 lagi dk la kat ats sofa...
tbe2 dya meloncat.......
engatkan pe la, rpe2nya lipan 2 dk kat sblah dya jea..... hehehe....
pe lagi, ayah ak pn amek tong shieldtox.... p ketuk2 lipan 2...... sampai mampos.....
nasib ko la lipan...... sape soh p ggt tngan ak.......

pas2 suma g smbung tdo blik......
ak pn cdangnya nk smbung tdo la......
tp x leh..... sakit bisa lipan 2 kuat sngat.......
em.... ak tngok jam lagi 2 jam lbh nak subuh.......

cbe bayangkan..... dah la mengantok...... x leh tdo lak tue...... tangan lak semakin lame semakin membengkak.....
dah mcm owg gaut lak ak tgk tangan ak nie......

dah lme2 bring, ak dgar masjid dah melaungkan azan........ pas2 azan kat surau lak.......
ak trus bngun..... nk solat pn x leh....... ak pn dk la kat sofa mengadap tv........
tgk jam dah pkl 6.....
bkak tv channel 701..... ada lak cte csi : miami...........
ak pn layan jea la cte tue... tp....
sakit tngan ak hnya tuhan jea la yang taw..........

pkl7 .3o ak dah siap2 dah....... x sbr nak g klinik........
ayah ak pn cal kwan dya, bgtaw yang dya lmbat g sekolah......
nk bwk ak g klinik........ mak ak pn ikut sama cz nak g check darah......
sampai jea kat klinik ak trs la g bhagian kecemasan......

ak ngan mak ak pn g la trs msuk kat blik check pesakit tue....
bla msuk jea tgk doktor x da lg, cz dya tgh cuci luka pesakit diabetis...
nurse kat c2 plak wat derk jea......
ak bgtaw la yang ak kena ggt lipan...... dya ley lak ckap..

*x da pe2 tue........ ggt lipan biase jea la..... tgu je kat c2......

ish nk jea ak maki hamun nurse 2....
tangan ak yang dah membengkak besar tue dya leh kata x da pe2.....
klw tngan ak x sakit, xpe.... ak ley sabar lagi...... nie tngan ak dah mcm nak meletup jea.....

pas2 nurse tue trs keluar........ x hiraukan ak..... nie ke etika pekerja kerajaan kini????

dlm 5 minit pas2 bwu la doktor msuk.......
dya bgtaw ak yang kes cm ak nie kena bagi suntikan...........
so, kena cucuk la ak r2.......

balik umah jea ak trs ttdr smpai x sedar ape..........
mybe effect ubat tue............

rnie sakit tangan ak dah bekurangan........
bengakak pn dh x besar cm semalam.......
klw x, ak langsung x ley nk wat keje......
nak update blog pn ak x larat......
huhuhuhu........

Sunday, June 14, 2009

..:: kelahiran baru ::..

hai semua.........
rnie ak nak ceritakan tentang kisah anak buah ak yang terbaru......

memperkenalkan.......
Ahmad Zarif Haikal Bin Ahmad Sani Ruhaizan......

hehehe,.....
zarif nie lahir trlebih ary....
sepatutnya dya lahir 4hb Mei yang lalu...
tapi dah terlebih 2 ary....
so, dya lahir pada 6hb Mei 2009..

bkan senang oo nak jmpe ngan bdak sowang nie....
ak sekeluarga terpaksa ke negeri pantai timur nun..... (trengganu)
cz akak ipar ak owang sana, so bersalin di sana......

klaw kami x dtg sana, x dpat la tgk si zarif nie.....
cz lpas abes pantang, akak ipar ngan abang ak kena balik ke sabah......
sbab diowang mengajar kat sna...


comei x baby cute nie..???
hehehe

zarif........
nie mak alang nie.........
hehehe...


meh nak kish cket....
mmmmuuuuaxxxx......

bulatnya mata.....
lapar sngat ke manje mak alang nih...

semoga dengan kehadiran zarif dapat memeriahkan kami sekeluarga......
skrunk semua anak sedara ak dah 4 orang..... banyak la jgk...
huhuhuhu...

kalaw ak da kerje t, kering la wet nak bg kat diowang nih...... hehehe

Saturday, June 13, 2009

..:: selamat hari bapa ::..


Selamat hari Bapa kepada semua bapa-bapa yang ada di Dunia ini. Semoga budi dan Jasa mereka yang telah banyak berkorban dan mendidik kita untuk menjadi insan seperti hari ini mendapat balasan yang terbaik dari yang maha Esa....

Untuk Ayahanda yang tercinta...

semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan kesihatan agar sihat sejahtera hendaknya....


Friday, June 12, 2009

..:: musnah semuanya ::..

cbe teka pe yang ak nak citekan pd u all kali nie.........
kalaw dah keta bomba,
msty kita kaitkn dengan kebakaran....
itulah yang berlaku pada rumah atuk sedara ak...
rumahnya baru sahaja terkena musibah....
habis hngus terbakar......
semuanya telah ditakdirkan oleh yang maha kuasa....
kita sebagai manusia hanya mampu merancang,....
Allah yang menentukan semuanya.......
gambar nie gambar bahagian depan rumah

nie pulak gambar pintu masuk

pihak bomba mendapati,
kebakaran tersebut berpunca dari bahagian dapur......
tgk la gambar bahagian dapur nie...
habis hangus terbakar teruk...
tingkap pun semuanya pecah gara2 dari kebakaran tersebut....

ehem2.....
nie lak akak ak......
saje jea dk bergambar kat c2....
kononnya cm dya la tuan rumah....
hahahaha.........
belakon jea tue....
atap rumah semuanya lembik...
terkulai layu jea macm daun pisang....

teruk x???

hurm........

x da apa yang tertinggal.......
semuanya hangus terbakar.

dengan bantuan dari wakil rakyat bahagian tualang sekah,
atuk sedara ak dapatlah rumah baru PPRT...
so, pd u all.......
ak harap, hargailah rumah anda....
jangan bermain dengan api....!!!!
inilah akibatnya.......

Thursday, June 11, 2009

..:: sweet memories >1< ::..

entah kenapa tetibe jea mlam nie ak nak kongsi pengalaman ak nie ngan u all.....
ape gunanya blog kan klw x kongsi cerite..... hehehe

ak nak cte knangan terindah ak msa ak angan member2 ilp ak dlu...
mse tue ak terpilih untuk mewakili ilp ipoh untuk pasukan koir....
best gler....

kat cnie ak nak share la gmbar2 ak mse kat sana.....

nie gambar ak mse mle2 nek bas on the way ke penang...
blm pn sampai ke penang ak dah awal2 lg soh leen snap gmbar...
hai......fara....fara.....,,

nie lak kat dalam dewan millenium, kepala batas, pulau pinang...
msty u all tertanya2, asal ak g sana???
of course la pasal coir tue....
ak terpilih mewakili ilp ipoh untuk wat persembahan kat sana...
x silap ak dari semua course, hanya 20 owang jea yg terpilih....
bkn snang nak g taw....
dlm course ak, hnya tiga owg jea yg dpt g sana...
ak, leen, ngan atin...(3 dara pingitan)
di situlah bermulanya akrabnya ak ngan diowg,....
sampai la akhir sem.... hukhukhuk...
(cedey la plak)

nie la gambar kami bertiga....
masa tue x silap ak time bas kami berhenti kat highway tapah...
sempat lagi kami berposing...
hehehe....
tue jea la kenangan yang ley ak simpan selama2nya..

nie lak gambar dak2 lelaki yang join kmplan coir kami....

nie lak gambar dak2 pompuan....
(cbe teka yang mana ak....hehehehe)

nie lak gambar kami ramai2...
muke smua nmpak happy jea....
mana tak nye....
time nie kami dah selesai menjalankan tugas kat cnie...
hehehehe......

sblm balik,
ak, leen ngan atin berposing la ngan bju sponser kami...
smuanya jenama "braps jeans"....
thanks ilp ipoh......
ada macam iklan dalam majalah x????hehehe...

..:: kawan atau kekasih ::..

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

..:: kembali beraksi ::..

hello everyone............

hehehehe....
knl lg x????
swry la cz dah lame ak x updape blog nih...........
(bercuty sakan la konon)....... huhuhuhu....

bnyak sngat kisah ak nak cite pd you all.......
windunya kat dunia blog nie......
hehehe.... xpe.... t ak cite satu per satu......
ok......

ngantok ar...
(sambil menguap2)
sok sambung lg.............